NILAI MURNI
1) Nilai keberanian
Nilai keberanian dapat dilihat melalui kisah Langkah membasmi pencuri. Keberanian ditunjukkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang menyamar menjadi rakyat biasa untuk menangkap pencuri bersama pembantunya hang ishak dan hang isap. Dengan keberaniannya, pencuri itu dapat ditangkap dan dibunuh oleh beliau.
2) Nilai Bijaksana
Nilai ini ditunjukkan sewaktu Sultan Mansur Syah ingin hubungan dngan siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya menghadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untutt tetapi belakangnya tidak lut ditikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperi Siur itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
3)Nilai Kesetiaan
Nilai ini dapat ditunjukkan sewaktu istana Sultan Mansur Syah terbakar. Dengan takdir Allah taala, istana yang baru disiap itu terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan. Akibat daripada peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu, istana baru berjaya disiapkan. Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.
4)Nilai Berbudi Mulia
Nilai ini dapat diceritakan melalui kisah Kitab Duri'l Mazlum. Maulana Abu ishak seorang ulama tasawuf di mekah. Beliau mengarang kitab Duri'l Mazlum. Beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Mulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur Syah yang turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah dia tela meletak jawatan kadi dan digantikan dengan anaknya Kadi Munaawar.
NILAI
KEMANUSIAAN DALAM SULALATUSALATIN
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai
manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu
meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu
yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan
kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan
juga dilihat dari sudut
sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan
buruk. Dalam konteks
perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Nilai
kemanusiaan ini kita boleh lihat dari sudut:-
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik,
murni yang mengutamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini
seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang rasa,nasihat
menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan
buruk yang mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat
ini seperti sifat kejam dan ganas, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan
emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Antara
nilai kemanusiaan yang menunjukan kemanusiaan yang positif dan negatif kita
boleh lihat dibawah iaitu:-
NILAI KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI
KEMANUSIAAN).
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang
beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat
adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua
negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut tentang
sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya
lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman
itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai
seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar
sebagai rakyat biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan mengatasi masalah
kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang
digambarkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala
rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan
Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan
segala manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga
merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang
berbudi bahasa tinggi. Walaupun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya
kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana
Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi
apabila ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan
peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan
kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang
memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang
Tuah:
"Maka
Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana
kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu
kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks
pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi
tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai
pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang dicurahkan, Sultan akan
memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang
berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu.
3.1 Jasa bakti Tun
Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan
sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam
serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah
mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak dilantik
sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan
peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara
Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minum racun) tetapi
oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan
Muzaffar Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara
Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik
sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap
mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang
berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam
melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada
jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan
seluruh pahlawan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi
menghadapi serangan Siam.
3.2. Jasa bakti Hang
Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima
yang sangat berjasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak
pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan secara tidak
adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang
teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pada rajanya", Hang
Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh
sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pada
rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa
bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat
penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka
terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya
dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar
"Laksamana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja,
didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun
Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana
berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan
Sultan;
"Maka
baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persalinan Tun Telanai dan Menteri
Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbang rasa atau diplomasi.
Sifat ini juga sangat jelas dalam beberapa tindakan
yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar
atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murni ini, beberapa
perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1.Raja Iskandar Zulkamain
sewaktu menyerang Negeri Kida Hindi telah berjaya menawan negeri
tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar
dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan
isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan
yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah
bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja
Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan
membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2.Keputusan yang dibuat
oleh Sultan Muzaffar Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah
suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang
pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbang rasa Sultan yang
sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah
pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival
politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah
mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan
di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak
dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu
juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat
berkaliber iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara.
4.3.Sultan Alauddin Riayat
Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar
demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan baginda, telah memberi
keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada
pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan
untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mengembalikan keamanan dan
menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan
hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan
pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di
negeri jajahan Melaka tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan
raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud Syah
walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan,
namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang semakin bertambah
luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar. Di waktu usianya
semakin bertambah, baginda telah insaf
dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat
seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan
dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah
apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri
yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat
menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga
yang ternyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari
takhta dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur
kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan
abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi
pengajaran kepada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak
melampau batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan
masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan
pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui
wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan
pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah.
Wasiat pada pembesar negeri: “Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan
dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad: “hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik
peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka
dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia, hendaklah engkau
sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu,
bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana
segala Melayu itu tanahmu, Jikalau
kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini
berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia
akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod
seperti:
6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama
daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara
Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah, telah melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong
tangan kepada mereka yang melakukan kesalahan mencuri.
6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan
saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama
Islam.
Nilai kemanusiaan –
Berbakti (Sulalatus Salatin)
F1: Berbakti kepada negara dengan memberi sumbangan
tenaga untuk berkawal pada waktu malam. (Farah &
Damia)
H/C: Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan mengenepikan kedudukan demi
untuk keselamatan rakyat yang diancam dengan kejadian kecurian. Sultan Alauddin
Riayat Syah sanggup menyamar dan berkawal malam dengan memakai pakaian seperti
pencuri bagi memudahkan beliau menangkap pencuri yang mengganas di Melaka. Jika
sekiranya Sultan Alauddin Riayat Syah tidak sanggup berbakti kepada negara
pasti kejadian kecurian akan lebih berleluasa dan pasti keselamatan rakyat akan
tergugat. Sumbangan bakti dengan mengenepikan kedudukan akan mampu membentuk
keperibadian yang mulia dan menjamin keselamatan negara.
F2: Berbakti kepada raja dengan memberikan idea untuk
menyelamatkan negara dari serangan ikan todak.(Rosni &
Atikah)
H/C: kebijaksanaan yang ada pada seseorang boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara. Seorang kanak-kanak pintar dalam
peristiwa Singapura dilanggar todak telah berbakti kepada raja dengan
mengemukakan idea agar menggunakan batang pisang bagi menangkis serangan ikan
todak yang sebelum ini penduduk singapura menggunakan betis. Jika sekiranya
Paduka Seri Maharaja tidak menerima idea yang diberikan oleh kanak-kanak
tersebut pasti lebih ramai rakyat singapura akan terkorban dan ini akan
menggugat keselamatan negara.Kebijaksanaan yang dikurniakan perlu dimanfaatkan
untuk berbakti kepada negara agar ia dapat menyumbang untuk keselamatan negara.
F3: Berbakti kepada negara dengan menggunakan
keberanian menghadapi musuh. (Madiah & Azleen)
H/C: Keberanian dalam menghadapi musuh boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara. Hang Tuah dengan berani menghadapi orang yang
mengamuk demi menjaga keselamatan negara dari ancaman. Jika Hang Tuah tidak
berani menghadapi musuh pasti dia tidak dapat menyumbangkan bakti kepada
negara. Sewajarnyalah keberanian perlu digunakan dengan betul untuk tujuan berbakti
kepada negara dan bangsa.
F4: Berbakti kepada raja dengan sanggup berkorban
biarpun terpaksa berdepan dengan najis. (Azira & Aqilah)
H/C: Demi raja, biarpun terpaksa melakukan tugasan yang sukar dan boleh
menjatuh maruah seseorang yang hendak berbakti akan sanggup melakukan apa
sahaja. Laksamana Hang Tuah sanggup terjun ke dalam tangkungan najis bagi
menyelamatkan kuda raja yang terjatuh dengan menambat tali bagi memudahkan
orang lain mengangkatnya. Kebaktian ini dilakukan oleh mereka yang sanggup
berkorban demi raja. Jika sekiranya Laksamana Hang Tuah tidak sanggup berbakti
berbuat demikian pasti kuda raja akan mati dan ini akan menyebabkan raja
sedih kerana kuda
tersebut sangat disayangi oleh Sultan Mansur Syah. Kebaktian dengan sanggup
berkorban apa sahaja kepada raja dan negara wajar dicontohi oleh generasi hari
ini.
F5: Berbakti kepada raja dengan sanggup berlawan dengan
sahabat sendiri (Farahana &
Amirah)
H/C: Berbakti kepada raja dengan menghulurkan bantuan untuk berlawan dengan
penderhaka yang telah menyebabkan raja terpaksa meninggalkan istana. Hang Tuah
biarpun baru sahaja bebas dari pasungan dan dalam keadaan lemah masih mahu berbakti kepada sultan untuk berlawan
dengan Hang jebat yang telah menderhaka demi untuk membela kematiannya.
Kebaktian Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah demi menjaga maruah dan nama baik
sultan. Sebaliknya jika Hang Tuah tidak sanggup berbakti berlawan dengan Hang
jebat kemungkinan besar Hang Jebat akan terus beleluasa dan ini akan mencemarkan
nama baik Sultan Mansur Syah. Generasi muda hari ini seharusnya sentiasa
bersedia untuk berbakti kepada negara dan raja walau dalal keadaan apa sekali
pun. (hlm. 141)
F6: Berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan
musuh (Amira & Aizan)
H/C: Rasa bertanggungjawab terhadap negara akan menyebabkan seseorang sanggup
berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh. Tun Perak sanggup
berbakti kepada Melaka yang berdepan dengan serangan Siam dengan membawa semua
penduduk Kelang termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Tun Perak berbuat
demikian kerana mahu berbakti kepada negara dalam mengahdapi serangan Siam.
Sikap bertanggungjawab Tun Perak yang sanggup berbakti telah berjaya
menyelamatkan Melaka dari serangan Siam. Generasi hari ini seharusnya sanggup
berbakti demi untuk memastikan keselamatan negara dari ancaman musuh. (hlm. 89)
F7: Berbakti kepada negara dengan bekerjasama membuka
negeri. (Aikal & Nurul Atiqah)
H/C: Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan saling bekerjasama bagi
membuka sebuah negeri.Rakyat jelata sanggup bekerjasama dengan menebas hutan belantara bagi membuka negeri. Jika sekiranya
rakyat jelata tidak sanggup berbakti kepada raja dengan melakukan tugas
menebang hutan pasti impian raja untuk membuka negeri baru tidak akan tercapai
dan Singapura mungkintidak akan wujud. Sebagai pelajar kita perlu sanggup untuk
berbakti dengan saling bekerjasama untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara.
(hlm.40)
F8: Berbakti kepada raja dengan sanggup menyerahkan
anak biarpun berdepan dengan risiko (Fakis & saipul)
H/C: Biarpun mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, kesanggupan berbakti
kepada raja akan membuatkan seseorang sanggup mengambil risiko. Demang Lebar
Daun sanggup menyerahkan anaknya untuk dikahwini oleh Sang Sapurba biarpun dia
mengetahui kemungkinan anaknya akan dijangkiti penyakit kedal sebagaimana
gadis-gadis lain yang berkahwin dengan Sang Sapurba. Namun dia sanggup berbakti
kepada raja dengan menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan Sang sapurba.
Jika sekiranya Demang Lebar Daun tidak sanggup berbakti pasti dia akan menjadi
kemurkaan raja dan ini akan mengeruhkan hubungan raja dengan rakyat. (hlm. 25)
F9: Berbakti kepada negara dengan menggunakan kegagahan
yang dimiliki. (Norhasmida & Nurul Asmaniza)
H/C: kegagahan luar
biasa yang dimiliki oleh seseorang boleh digunakan untuk berbakti kepada negara
dan raja. Kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh Badang telah dimanfaatkannya
untuk berbakti kepada negara apabila dia berjaya menewaskan beberapa orang
hulubalang yang gagah dalam pertarungan antara Badang dengan Nadi Bija Biakra
dan Benderang. Kebaktian yang ditunjukkan oleh Badang menggunakan kegagahan
yang dimilikinya telah berjaya mengangkat maruah Singapura yang memiliki
hulubalang yang gagah. Jika sekiranya Badang tidak sanggup berbakti menggunakan
kegagahannya pasti Singapura akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang lemah.
Kegagahan yang dimiliki oleh seseorang individu seharusnya digunakan untuk
menghulurkan bakti kepada negara. (hlm. 50 – 51)
F10: Berbakti kepada raja dengan golongan pembesar
membantu raja naik tahkta. (Maisarah &
Zahira)
H/C: Golongan pembesar mempunyai tanggungjawab untuk menabalkan seseorang
raja menaiki takhta sesebuah kerajaan.Seri Nara Diraja dan pembesar-pembesar
yang lain telah bekerjasama membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta dengan
Raja Rekan. Menerusi bantuan yang dihulurkan oleh bendahara akhirnya Raja Rekan
berjaya dibunuh dan akhirnya Raja Kassim ditabalkan menjadi sultan dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah. Jika sekiranya Para pembesar tidak membantu Raja
Kassim dalam perebutan takhta tersebut pasti Raja Kassim tidak dapat berkuasa,
kemungkinan tercetusnya perang saudara akan berlaku. (hlm. 85-86)
F11: Berbakti kepada raja dengan sanggup berdepan dengan
bahaya. (Faizie & Saifullah)
H/C: Biarpun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan akan terbunuh dengan
situasi bahaya yang terpaksa ditempuhi, bakti kepada raja adalah suatu nilai
kemanusiaan yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional. Sang
Si Perba telah menitahkan hulubalangnya Permasku Mambang untuk membunuh ular
sakti mona. Kesanggupan Permasku Mambang berbakti kepada raja telah
membolehkannya membunuh ular yang berbahaya itu. Jika sekiranya Permasku
Mambang tidak sanggup untuk berbakti kepada raja pasti ular mona sakti tidak
akan dapat dibunuh dan ianya munkin akan mengancam keselamatan rakyat jelata.
Biarpun berdepan dengan bahaya generasi hari ini sewajarnya perlu menyumbang
bakti demi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dari ancaman musuh.
(hlm. 28)
F12: Berbakti kepada raja menerusi kerjasama membuka
negeri (Fatiah &
Nasuha)
H/C: Rakyat
selalunya akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan impian dan hasrat raja
untuk membuka negeri. Semasa pembukaan negeri Melaka , setelah melihat kejadian
aneh yang berlaku iatu anjing yang telah dihambat pelanduk, raja telah
menitahkan rakyat jelata agar membuka negeri di kawasan tersebut. Rakyat yang sentiasa
sanggup berbakti telah bekerjasama dengan menebas hutan di situ sehingga raja
bertanyakan sebatang pohon yang ditebang yang namanya pokok melaka. Sempena
nama pokok tersebut negeri Melaka telah mendapat nama. Jika rakyat tidak
sanggup berbakti dan bekerjasama membuka negeri, pasti
NILAI
KEAGAMAAN DALAM SULALATUS SALATIN.
Penceritaan
mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan
untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri.
Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka,
bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja
Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah.
Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Unsur
keagamaan atau Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan
tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam seperti berikut:-
Antara
Iskandar Zulkarnain, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah
dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan
asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan
raja-raja Melaka. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam
yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi
Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain
dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya
sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1). Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu
ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.
Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf,
dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal ehwal keagamaan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat
dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti
upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti
menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam
juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Perkara
ini telah menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat
meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat
kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172)
dan wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad)
(Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur
pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Unsur Islalm dalam
Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya
Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat
Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk
menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi.
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair.
Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran
berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan
keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya
agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang
melihat kecantikan Tun Fatimah. Antara petikan yang menunjukkan perkara
tersebut seperti berikut:-
Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda
ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,
yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip
kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus
Salatin, hlm 251)
Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu
keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai
dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut
mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan
pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya,
Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar
tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama. Kitab-kitab agama seperti
Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di
istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga
tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait
ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang
ilmu-ilmu keislaman. Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui
teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan “Bismillahir-rahmanir-rahim..”.
Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan
terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik
yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang
menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u
wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat
"Wa'llahu a'lam." Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya
khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat.
Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya
Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.
LATAR