Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Bab 1 :
Menjunjung Titah Raja.
Pada 12 Rabiul awal tahun 1221H, Tun
Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah diperintahkan oleh
Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya mengarang sebuah
buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat diingat dan
diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin yang bermaksud
“Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.
Penaklukan Iskandar Zulkarnain.
Raja Iskandar Zulkarnain, berkerajaan di
Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah
matahari terbit. Baginda berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja
Kida Hindi.
Perkahwinan Puteri Syahrul Bariyah,
Iskandar Zulkarnain telah mengahwini
Puteri Syahrul Bariyah. Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir dengan mas
kahwin sebanyak 300 ribu dinar emas. Setelah kahwin Iskandar Zulkarnain telah
meneruskan pengembaraan untuk melihat matahari terbit. Dalam perjalanan pulang
baginda singgah untuk mengambil isterinya pulang ke Rom tetapi diminta
tinggalkan oleh Raja Kida Hindi. Jadi Puteri Syahrul Bariyah ditinggalkan di
negeri Kida Hindi.
Zuriat Iskandar Zulkarnain.
Puteri Syahrul Bariyah melahirkan seorang
anak bernama Aristun Syah, hasil perkahwinannya dengan Iskandar Zulkarnain.
Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi memerintah kerajaan selama
355 tahun.
Perjalanan hendak menakluk negeri Cina.
Dari keturunan Iskandar
Zulkarnain itu juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua
negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam
perjalanan itu, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah
Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga
dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor.
Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di bunuh. Anak Raja Chulan iaitu
Puteri Onang Kiu telah dikahwininya. Baginda meneruskan perjalanan
hinggalah sampai ke Temasik.
Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina
telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu rombongan untuk menipu
raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari Temasik. Untuk sampai ke
negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga gugurlah
giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja.
Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah. Mendengar tipu muslihat itu
Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina.
Hendak mengetahui isi laut.
Raja Suran masuk ke dalam laut dengan
menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika. Kaumnya
berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu kehairanan
melihat Raja Suran.
Zuriat Raja Suran.
Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi
Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki
iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran
telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari
perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu
sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain. Raja Suran telah keluar dari dalam
laut dengan menunggang kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda
mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan
membina negara bernama Bijaya Negara.
Bab II: Kisah bermula di
Bukit Si Guntang.
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke
bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna
putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah
melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi
warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan
suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang.
Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat
seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.
Asal raja Minangkabau dan Tanjung Pura.
Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah
datang ke Palembang memohon seorang anak raja Suran itu untuk dirajakan di
Minangkabau. Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba dihantar ke sana.
Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula dihantar. Nila Utama
pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.
Seri Teri Buana mahu beristeri. Malangnya
semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal. Sehingga habislah
anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. STB telah mendapat tahu
akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri anakanda Demang Lebar daun dan ingin
mengahwininya.
Bersumpah Berteguh Janji.
Sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah
mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari
istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana.
Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana. Demang
Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan memalukan rakyat
yang bersalah.
Seri Teri Buana pula
mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan
dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya
akan dimusnahkan oleh Allah. Bagaimanapun setelah ditiduri Seri Teri Buana,
Radin Ratna Cendera Puri tidak kedal. Jadi perkahwinan antara merekapun
dilansungkan.
Selepas perkahwinan itu
berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah hanyut di sungai buih-buih yang
besar dan satu dari antaranya mengandungi seorang budak perempuan. Dia telah
dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.
Membunuh Ular Sakti Mona.
Penduduk di Minangkabau mahu menguji
kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. SSP
telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang
hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya membunuh ular tersebut.
Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah berkerajaan di
Minangkabau.
Tajitram Syah iaitu
salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk membina
empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya musnah dan
dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah
Laut Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya
yang bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari
Cina dan Ratna Dewi oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran Tajitram Syah
terdengar ke India dan para menteri dalam kerajaan Canda Kani telah datang
menjemputnya balik ke Benua Keling itu.
Mencari tempat baru untuk berbuat negeri.
Seri Teri Buana telah keluar dari
Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati Gunung Lingga,
angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah
menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan
kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi
tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar. Sesampai STB di
Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan Raden
Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah.
Jadi Anak angkat raja perempuan Bintan.
Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan
dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala. Wan Seri Beni sangat berkenan
memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan kerajaannya dan STB dijadikan
anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di
Bintan itu.
STB meneruskan semula
perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke Tanjung
Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh
pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri.
Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke
sana.
Temasik dijumpai.
Sesampai di Teluk Belanga, angkatan
baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan
ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun
teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah terpandangkan seekur singa.
Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. STB mengubah
nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya dibuka di situ.
Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan kepada
anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.
Bab III
: Puteri Nila Pancadi ke Singapura.
Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak
iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. STB telah menghantar menteri Aria
Bupala ke benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga Rama Mudaliar
telah menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk dikahwini oleh
Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu
saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri.
Raja dan Bendahara adik beradik.
Selepas Seri Teri Buana mati ia ditanam di
Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan Raja bergelar Paduka Seri Pikrama
Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka
Berjajar. Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana menteri bergelar
Tun Perpatih Pemuka Jegalar. Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana
Buga Dendang. Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. RKB telah memperolehi
seorang putera bergelar Raja Muda.
Peristiwa Tatal Dan Menarah Kepala Budak.
Betara Majapahit telah menghantar
bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan digulung seperti subang
kepada PSPW. PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit.
Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan
disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke
Majapahit. Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah
oleh PSPW. Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang
Majapahit berjaya dikalahkan.
Bila PSPW meninggal
dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna Wikrama. Tun
Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka Berjajar
sebagai bendahara.
Badang beroleh gagah.
Badang adalah seorang hamba kepada seorang
perempuan yang tinggal di Sayung. Ikan yang terperangkap di lukah yang
ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh.
Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat
Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu
meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah
menjadi sangat gagah.
Pohon kayu sebesar dua
tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat dibersihkan dengan sekejap
sahaja. Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar
Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri
Rakna Wikrama di Singapura. Kekuatan Badang dapat dilihat dari
beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar
sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon
kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah.
Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri.
Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya.
Kegagahan Badang diuji.
Raja di Benua Keling telah menghantar
pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan itu bernama
Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam pertandingan itu
mereka disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka
juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya mengangkat separas lutut.
Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke
kuala.
Raja Perlak pula telah
menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan Badang. Sebelum
pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang
dalam majlis makan malam. Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang
tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak
oleh Benderang.
Keesukan harinya Tun
Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan
itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura
dan Perlak menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang
dikalahkan. Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai
yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu.
Tidak lama kemudian
Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya dikirimkan oleh
Raja Benua Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia
digantikan oleh anaknya yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri
Maharaja. Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar.
Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar Syah.
Mula kedatangan Islam ke alam Melayu.
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di
Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing
gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing
gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Bila
Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh
saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.
Satu hari Merah Silu
pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. Semut besar
itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan
dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal
hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama
Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil
seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan
mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari
Abu Bakar al-Siddik r.a.
Sebelum sampai ke
Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak.
Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai
membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan
Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah
telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia
dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya
ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.
Sultan Malikul Salleh
telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua
orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul
Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk
dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah
tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas
dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul
Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din
sebagai mangkubumi. Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra
dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.
Sebelum meninggal dunia,
Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya
supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan
hendaklah hidup bermuafakat.
Raja Pasai Ditipu Dan Ditawan.
Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran
kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi
dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu
helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia
dijadikan gembala ayam di istana.
Sidi Ali Ghiathu’d Din
telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi
itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya
ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas,
buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di
dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahirpun
dibebaskan.
Peristiwa Kerana Seorang Dayang.
Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat
abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d
Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa pulang
seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan
Sultan Malikul Tahir.
Sultan Malikul Tahir
telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi
Asma’ Yaumiddin dibunuh dan di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke
laut. Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut
Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM memohon badan
menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya.
Selepas 3 tahun, SM
Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput saudaranya SM
Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur singgah di Padang Maya dan
kemudiannya meninggal dunia di situ.
BAB IV : SINGAPURA
DILANGGAR TODAK.
Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu
khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon
pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka
Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada
isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK
telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini,
singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah
terbunuh.
Paduka Seri Maharaja
telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai
rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu
batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar.
Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.
Raja yang
meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini
anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun
nama timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul
Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.
Anak bendahari raja Iskandar Syah telah
dihukum canggai (sula) di pasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang
lain. Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan surat kepada Betara
Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk belot
dari dalam. Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung
selama sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan dikatakan telah
habis. Bila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka
pintu kota dan Singapura telah dikalahkan.
Raja Iskandar Berlepas Ke Darat.
Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah
besar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja.
Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya ia
diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak Busuk. Baginda
pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota itu menjadi buruk. Lalu
dinamakan Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari sini pindah lagi ke
Bertam.
Membuka Negeri Melaka.
Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing
pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa
berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan
dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun.
Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula
menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4
orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak
pembesar sebagai biduanda istana..
Di zaman Raja Kecil
Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah
mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad
Syah. Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esokknya akan tiba sebuah
kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat di pantai. Selepas bangun dari
tidur RKB mendapati tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan
kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang baginda telah dirasuk oleh
Syaitan.
Kedatangan Islam ke Melaka.
Raja telah memberitahu Bendahara yang ia
bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah
dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada
petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal
itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan
semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu.
Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar
Seri Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu
bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.
Baginda membuat beberpa
pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan
untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang
gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai
penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh
berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali
dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain
berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan
dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.
Susunan Tertib Adat Istiadat Raja.
Upacara mengadap di balairung seri.
· - Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung, menteri, orang besar-besar dan sida-sida duduk di seri
balai.
· - Anak-anak raja duduk di
kelek-kelekan balai kiri dan kanan.
· - Sida-sida yang
muda-muda duduk di selang-selang antara bentara.
· - Hulubalang
muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang.
· - Kepala bentara di kiri
daripada anak cucu menteri yang patut jadi Bendahara, Penghulu Bendahari dan
Temenggung.
· - Kepala bentara di
kanan anak cucu hulubalang yang patut jadi laksamana dan Seri Bija Diraja.
Gelaran :
Sang Setia : bakal menjadi Seri Bija
Diraja.
Sang Guna : bakal menjadi Laksamana.
Tun Pikrama : bakal menjadi Bendahara.
Acara Menjunjung Duli :
· - Yang pertama kepala
bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh sida-sida yang duduk di seri balai.
· - Nakhoda Cempa pilihan
duduk di seri balai.
· - Anak tuan-tuan duduk di
selasar balai.
· - Perkakas raja seperti
ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.
· - Puan dan pedang
dikelek-kelekan kanan dan kiri.
· - Pedang dipikul oleh
laksamana atau Seri Bija Diraja.
Protokol Menyambut Utusan Dari Pasai Dan
Haru. Bagi Utusan-Utusan Dari Negeri Lain, Adat Sambutan Akan Dikurangkan.
-Ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari
dalam. Disambut oleh kepala bentara di kanan. Diletakkan had bendahara.
· - Ceper dan tetampan diberikan pada orang
yang membawa surat.
· -Surat dijemput dengan selengkap alat
kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dua berapit
melainkan mendeli.
· -Menteri mengepalakan gajah, bentara di
buntut gajah, sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil.
· - Gajah dikepilkan di hujung balai.
· -Surat disambut oleh hulubalang asal
(kepala bentara yang di kiri).
· - Kepala bentara yang di kanan menyampaikan
titah raja kepada utusan.
Adat Menjemput Tamu :
· Jika Perserian dijemput
oleh Orang besar-besar.
· Jika Persangan dijemput
oleh orang kecil.
· Jika Pertuanan dijemput
oleh orang sedang.
Penggunaan Payung ;
· Payung
kuning untuk anak-anak raja dan orang besar-besar
· Payung ungu, merah,
hijau untuk sida dan bentara hulubalang.
· Payung biru dan hitam
untuk orang bergelar.
Adat Persalinan.
· Bakal bendahara 5 ceper
: baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.
· Anak raja dan para
menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.
· Bentara sida-sida
hulubalang 3 ceper: kain, baju dan destar.
· Ada juga yang tiada
berceper.
Istiadat / Peraturan Apabila
Raja Berangkat Di Hari Raya.
· Penghulu Bendahari di
kepala usungan kanan.
· Laksamana di sebelah
kiri.
· Di belakang menteri
keduanya.
· Rantai dekat kaki raja
dipegang oleh Seri Bija Diraja.
· Bentara dan hulubalang berjalan
di hadapan raja.
· Alat kerajaan dibawa di hadapan raja.
Tombak kerajaan di kanan dan kiri. Bentara memegang pedang. Dihadapan sekali
pembawa lembing.
· Dibawa juga alatan
bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.
· Bendahara, kadi,
pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua berjalan di belakang raja.
Peraturan Ketika Raja Bergajah.
· Temenggung di kepala
gajah.
· Laksamana atau Seri Bija
Diraja di buntut.
· Bentara memikul pedang
kerajaan.
Acara Bernobat.
· Orang besar-besar dari
kanan gendang.
· Orang kecil-kecil dari
kiri gendang.
· Orang yang kena sirih nobat: Bendahara,
anak raja-raja, Penghulu Bendahari, Temenggung, Menteri keempat, kadi dan
pakeh, Laksamana, Seri Bija Diraja, Sida yang tua-tua dan sesiapa yang
dikehendaki oleh raja.
Peraturan Apabila Bekerja / Pekerjaan
Raja.
· Penghulu bendahari
menguruskan segalanya sambil dibantu oleh syahbandar.
· Temenggung mengatur
orang di balai.
· Orang biasa makan empat
orang sehidangan.
· Bendahara makan
sehidangan dengan anak raja.
Peraturan Berkunjung Ke Masjid Di Malam 27
Ramadhan.
· Temenggung mengepalakan
gajah.Alat kebesaran kerajaan di bawah ke masjid pada waktu siang.
· Raja berangkat pada
waktu malam untuk sembahyang terawih
· Pakaian raja ke masjid
bertelengkolong berbaju sarung.
Protokol Sambutan Hari Raya.
· Semua pembesar masuk
berkumpul di istana.
· Penghulu Bendahari
membawa masuk usungan raja.
· Gendang dipalu dan
nafiri dimainkan.
· Raja berangkat ke masjid
naik usungan.
Peraturan dan protokol sangat penting
dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis penghadapan di Balairung Seri.
Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut kedatangan utusan dari
negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana. Sama ada ketika raja
mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan Ramadhan untuk berterawih di
masjid dan juga di hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk
menjaga keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan.
Di zaman pemerintahan
Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan luasnya. Wilayah di
sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke Beruas Ujung Karang.
Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja Nusyirwan Adil dan
Nabi Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka sebagai Malakat yang
beerti tempat perhimpunan segala dagang.
Membuang Diri Kerana Berkecil Hati.
Mani Purindam adalah anak seorang raja di
negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke Melaka kerana berkecil
atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam membahagikan
harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri. Dia
berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati.
Tun Ratna Wati ini dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim.
Sultan Muhammad juga
mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Raja
Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan sikap
isterinya itu dan dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya rakyat
lebih mengasihi Raja Kassim.
Bila Bendahara Seri Wak
Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja. Seri Amar Diraja
telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga dilantik menjadi Seri
Nara Diraja. Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas
67 tahun memerintah kerajaan Melaka.
Istana Di Bawah Pengaruh Raja Rekan.
Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja
Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu dia masih kanak-kanak. Jadi
Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka. Raja Kassim dihalau
dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika seorang maulana bernama Maulana
Jalaluddin datang ke Melaka.
Peristiwa Rampas Kuasa.
Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri
Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu Syahid. Mereka juga
dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan telah membunuh
Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya.
Raja Kassim telah
ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin
yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang istana. Dayang
itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin.
Semasa menjadi raja,
Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini kerana SND
itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa. Bendahara
Seri Wak Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang ke istana
berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama di balai
penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan
tidak berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat
dikesali oleh sultan.
Bila Bendahara Seri Wak
Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi bendahara. Anak bendahara
Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih.
Tun Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat oleh
orang Kelang sebagai penghulu.
BAB V : BAKAT KEPIMPINAN
TUN PERAK.
Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun Nuwi
iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka menyembah kepadanya. Sultan Muzaffar
Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan panglimanya yang bernama
Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak telah membawa tenteranya untuk
mempertahankan Melaka bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya
tidak puas hati dan mengadu kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa orangnya
akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu
menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing di samping berperang untuk
raja. Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak
menjadi bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri
bergelar Paduka Raja.
Satu Cara Mengelakkan Pecah Belah.
Setelah Tun Perak menjadi menteri,
orang-orang Melaka berpecah dua. Keadaan ini merunsingkan Sultan Muzaffar Syah.
Untuk merapatkan hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, Sultan telah
menceraikan Tun Kudu untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja. Tun Kudu ialah anak
Bendahara Seri Wak Raja iaitu kakak Paduka Raja Tun Perak. Dengan itu SND telah
melepaskan jawatan Bendahara untuk diberikan kepada PR. Tun Perak dikatakan
sama taraf dengan Patih Aria Gajah Mada di Pajapahit dan Orang Kaya Senayan di
Pasai.
Langgaran Siam Dipatahkan.
Angkatan Siam telah datang menyerang
Melaka sekali lagi, diketuai oleh Awi Dicu. Paduka Raja diarahkan menghalang
angkatan Siam bersama Seri Bija Diraja Tun Hamzah atau Datuk Bongkok. Angkatan
mereka bertemu di Batu Pahat. Anak SBD iaitu Tun Omar disuruh menjadi suluh.
Semasa dia menyiasat kapal-kapal Siam itu dua tiga buah perahu telah
dikalahkannya.
Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja
telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api
ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu
ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah
mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat
gembira.
Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat
marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar itu Cau Panden
anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka. Perkhabaran Cau Panden
akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang Arab yang dikenali
sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari Melaka yang
menyebabkannya terbunuh.
Pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Setelah memerintah selama 42 tahun, Sultan
Muzaffar Syah pun meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya Raja
Abdullah yang bergelar Sultan Mansur. Pada masa menaiki takhta berumur 27
tahun. Isterinya ialah Tun Putih, anak Seri Nara Diraja. Mempunyai seorang anak
gundik bernama Puteri Bakal.
Baginda memerintahkan Bendahara Paduka
raja dan Seri Bija Diraja menyerang negeri Inderapura yang diperintah oleh
Maharaja Dewa yang berada di bawah taklukan Siam. Bendahara pula dapat menawan
Puteri Onang Sari.
Raja Indera Pura Ditawan.
Maharaja Dewa Sura berjaya ditangkap oleh
Seri Bija Diraja dan dibawa balik ke Melaka. Atas jasanya Seri Bija Diraja
dinobatkan di Pahang oleh Sultan Mansur. Puteri Onang Sari dikahwini oleh
Sultan Mansur dan mendapat dua anak iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Hubungan Muhibbah Melaka – Sulawesi.
Sultan Mansur Syah mahu hubungan dengan
Makasar dipereratkan. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja telah diutuskan
untuk ke sana. Mereka berjaya mengadap raja di Goa dan baginda
sangat suka hati untuk bermuafakat dengan Melaka. Apabila mereka
mahu kembali ke Melaka, raja Goa telah berusaha mendapatkan seorang budak untuk
dihadiahkan kepada Sultan Mansur
Dari Mana Hang Tuah Berasal.
Raja di Goa telah berjaya mendapatkan anak
Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur
Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah oleh sultan. Dia
seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk. Di Melaka
pada masa itu terdapat 9 orang “Perhangan” iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
Maharaja Dewa Sura Dibebaskan.
Gajah Sultan Mansur Syah yang dibawa
Kemanci telah terlepas dan lari ke hutan. Panglima gajah iaitu Seri Rama telah
gagal mencarinya semula. Maharaja Dewa Sura telah dicadangkan untuk menangkap
gajah itu. Tapi baginda mensyaratkan supaya dia dibebaskan dahulu. Sultan
Mansur bersetuju dan beliau telah berjaya menangkap gajah itu semula. Sekalian
anak-anak muda di Melaka disuruh belajar ilmu gajah dengan MDS itu.
Seri
Nara Diraja yang beristerikan Tun Kudu telah berjaya mendapat 3
orang anak iaitu Tun Tahir, Tun Senaja dan Tun Mutahir. Bila Tun Kudu mati, SND
kahwin lain dan mendapat 2 orang lagi anak iaitu Tun Bongsu dan Tun Sadah.
Hubungan Berbaik-Baik Melaka-Siam.
Sultan Mansur Syah ingin hubungan dengan
Siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana.
Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan
menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang
dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka
tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua
yang untut tetapi belakangnya tidak lut dtikam oleh lembing. Sekalian orang
Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing.
Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
Paduka Bubunya juga telah menyuruh
angkatan Melaka membantu Siam menewaskan musuhnya dalam satu peperangan di
sana. Mereka diminta berperang dengan pasukan yang kuat. Kebetulan di arah
kiblat. Menteri Jana Putera telah mengatakan orang Islam tidak boleh berperang
mengadap kiblat kerana itu adalah arah untuk sembahyang. Tipu helah itu
dipercayai oleh Raja Siam.
Mereka disuruh berperang
ke hala matahari terbit dan berjaya dalam perang tersebut. Paduka
Bubunya telah memberi hadiah kepada semua ahli rombongan dari Melaka itu. Tun
Telanai diberikan seorang puteri bernama Onang Minaling Lang. Dari perkahwinan
itu melahirkan Tun Ali Haru.
BAB VI : MALANG MEMBAWA
TUAH.
Anak raja Tanjung Pura telah hanyut ke
pantai Begawan dan diselamatkan oleh seorang penyadap. Namanya Raden Perlan
Langu. Dia diberi nama gelaran Ki Mas Jaya. Si penyadap selalu menyatakan
bahawa Ki Mas Jaya bakal berkahwin dengan Puteri Galoh Awi Kesuma, puteri Ratu
Majapahit. Ki Mas Jaya pula menyatakan akan mengangkat si Penyadap menjadi
Patih Gajah Mada.
Kebetulannya Awi Kesuma
telah besar dan Patih Gajah Mada sendiri ada mendengar bisikan dari rakyatnya
yang dia sendiri akan mengahwini puteri tersebut. Lalu Patih Gajah Mada
mencadangkan supaya Awi Kesuma berkahwin. Untuk itu segala rakyat diminta
berkumpul untuk Awi Kesuma sendiri memilih bakal suaminya.
Bakal Ratu Majapahit.
Setelah Awi Kesuma memandang Ki Mas Jaya
iapun berkenan lalu mereka dikahwinkan. Ki Mas Jaya diangkat menjadi betara
Majapahit. Si Penyadap pula menuntut Betara Majapahit menunaikan janji untuk
mengangkatnya menjadi Patih Gajah Mada. Ki Mas jaya membuka rahsia dirinya yang
dia anak raja Tanjung Pura dan tuntutan si penyadap. Atas cadangan Patih Gajah
Mada, si penyadap telah dijadikan ketua para penyadap dan diberi gelar Patih
Adi Kara. Didudukkan sama taraf dengan PGM.
Berita tentang Ki Mas Jaya sebagai anak
raja Tanjung Pura telah kedengaran kepada ayahandanya. Utusan telah dihantar
dan mereka sangat gembira melihat Raden Perlan Langu masih hidup dan menjadi
Betara Majapahit pula. Hasil perkahwinan Ki Mas Jaya dengan Raden Awi kesuma
lahirlah Raden Galuh cendera Kirana yang amat masyhur kecantikannya itu. Telah
ramai anak raja yang datang meminang tetapi tidak diterima oleh Betara
Majapahit itu.
Menjalin Muhibah Melaka-Majapahit.
Sultan Mansur Syah juga turut jatuh berahi
pada Raden Galuh Cendera Kira itu. Satu rombongan untuk meminang ke sana segera
bertolak. Bendahara Paduka raja ditugaskan mentadbir negara. Dia ke sana dengan
diiringi oleh 40 orang “Perawangan” dan semua “Hanghang” yang sembilan orang
itu yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah telah beroleh gelaran
Laksamana dari Sultan yang mengenang jasanya membunuh seorang orang tua Jawa
yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah sebelum itu telah berjaya membunuh 74 orang,
orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah juga
diiringi oleh raja-raja dari Inderagiri (Sultan Nara Singa), Tungkal (Raja
Merlang), Jambi (Adipati Sira Sela Sida), Palembang (Demang Mangku Raja) dan
dari Lingga (Maharaja Isak). Rombongan SMS telah sampai ke Majapahit. Pada
masa itu RajaTanjung Pura dan Kediri ada mengadap. Betara Majapahit telah
menganugerahkan 40 bilah keris kepada rombongan. Keris yang diberikan kepada
raja Kediri dan Tanjung Pura dapat dicuri semula. Keris yang diberikan kepada
Raja Melaka tidak dapat. Ini menunjukkan raja Melaka lebih cerdik dari
raja-raja yang lain.
Telatah Budak-Budak Raja Melaka.
Di Majapahit, Hang Tuah telah mencabar Tun
Bijaya Sura menunjukkan kebolehannya. Tun Bijaya Sura telah menari di hadapan
Betara Majapahit. Digertaknya anjing yang ada dibalai itu, terkejut ketakutan
dan terus lari ke hutan. Dia juga bermain “Sapu-sapu rengit”. Dalam permainan itu
dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan kaki ke arah Betara Majaphit.
Kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai mahu membalas
perbuatannya yang menambatkan anjing di hadapan raja Melaka, seolah raja Melaka
itu menyembah anjing tersebut.
Tun Bijaya Sura pula
mencabar Hang Tuah naik menceroboh ke balai larangan Betara Majapahit. Hang
Tuah dan kawan-kawannya telah naik ke balai tersebut lalu segera ditombak
orang. Beratus tombak dilempar tetapi habis semuanya diparang oleh Hang Tuah.
Setelah diketahui oleh Betara Majapahit, dibiarkan sahaja oleh baginda. Mata
tombak yang beratus-ratus berkas itu diberikannya pula kepada Hang Tuah.
Kehebatan Hang Tuah
telah menjadikan dirinya kegilaan kepada perempuan-perempuan di tanah Majapahit
itu. Sehinggakan terdapat pantun dibuat orang untuk menggambarkan
kehebatan Hang Tuah tersebut. Tun Bijaya Sura telah diminta oleh Betara
Majapahit menunjukkan tariannya lagi. Dia telah menarikan “berkeliling
gelagat”. Dalam permainan ini dia telah mengayunkan sapu tangan yang
dipinjamnya dari Raja Melaka. Habis muka para penjawat Majapahit itu disapunya.
Mereka hendak marah tidak dapat kerana Tun Bijaya Sura bermain itu dititahkan
oleh Betara Majapahit sendiri.
Untuk memperkenakan Tun
Bijaya Sura, Betara Majapahit telah memberikan persalinan cara Jawa iaitu
dengan berkeris di belakang. Disuruhnya seorang pencuri mencuri semula keris
itu dari Tun Bijaya Sura ketika beliau sedang asyik melihat orang menyabung.
Bila TBS menyedari kerisnya dicuri, dia pula mencuri keris dalam puan Betara
majapahit. BM sengaja menunjukkan keris yang dicari dari TBS dengan
berpura-pura untuk menunjukkan keelokannya. TBS pula menunjukkan keris yang
dicurinya. Jadi sedarlah BM yang kerisnya sendiri juga telah dicuri oleh TBS.
Jadi keris itu dikembalikan kepada TBS dan keris kedua itu dihadiahkan kepada
TBS juga. Setelah genap kerja berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam, maka Sultan
Mansur pun dikahwinkan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
Memohon Jajahan Sebelum Kembali.
Sebelum kembali ke Melaka, Tun
Bijaya Sura disuruh Raja Melaka mintakan daerah Inderagiri. Hang Tuah meminta
daerah Siantan. Hasil perkahwinan SMS dengan RGCK, lahirlah Raden Di Kelang.
Hasil perkahwinan dengan anak Seri Nara Diraja mendapat dua anak iaitu Raja Mahadewi
dan Raja Cendana. Dari perkahwinannya dengan saudara Paduka Raja yang bongsu,
lahir pula Raja Hussein.
Hang Tuah Dihukum Bunuh.
Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh
ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu. Seorangpun
tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat kuda dengan
tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas.
Hang Tuah telah dituduh
bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja
menjalankan hukum bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum
itu sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka.
Dipasungkan.
Perhubungan Dengan Negeri China.
Raja benua China telah menghantar utusan
ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Dihantarkan juga hadiah
seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang sarat dengan jarum. Jarum
itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun Perpatih Putih, adik
bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu rendang sarat
sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka
lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu
berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya.
Untuk
melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang
dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas.
Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut
naga pada mungkur kacanya.
Raja China meminta Sultan
Mansur datang ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. TPP menyatakan Sultan
tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya
puterinya itu dihantarkan ke Melaka.
Puteri Raja China Ke Melaka.
Raja China menghantarkan puterinya bernama
Hang Liu ke Melaka. Puteri itu bersama 500 dayang dan 500 pengiring lelaki
telah diislamkan oleh Raja Melaka. Puteri itu dikahwininya. Mereka disuruh diam
di Bukit China.
Bila Laksamana Lak Di Po
ingin kembali ke negeri China, Menteri Jana Putera dan Tun Telanai pula disuruh
pergi ke negeri China. Dalam perjalanan mereka terbias ke Brunai kerana ribut.
Raja Brunai juga berkirim sembah ke Melaka.
Kedal Kerana Tulah.
Selepas 2 hari menerima sembah raja
Melaka, raja China telah didatangi penyakit kedal anjing. Seluruh tubuhnya
telah menjadi gatal-gatal. Beratus-ratus tabib cuba mengubati tetapi gagal.
Sehinggalah seorang tabib tua mengatakan penyakit itu berpunca dari menerima
sembah raja Melaka.
Utusanpun dihantar ke
Melaka memohonkan air basuh kaki dari Raja Melaka. Bila air itu
diminum dan dibuat basuh muka. Penyakit kedal itupun hilang. Dengan sebab itu
Raja China bersumpah tidak lagi mahu disembah oleh Raja Melaka. Begitu juga
dengan keturunannya takut terkena tulah.
BAB VII : HANG JEBAT
KESIANGAN DI ISTANA.
Hang Jebat telah mengamuk di dalam istana
raja. Ini menyebabkan Sultan dan permaisuri terpaksa melarikan diri. Bila tiada
seorangpun hulubalang yang dapat membunuh Hang Jebat itu, raja mula
terkenangkan Hang Tuah. Bila keadaan mengizinkan, Seri Nara Diraja
pun menyembah dan memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup di Hulu Melaka. Lalu
Hang Tuah disuruh ambilkan. Dia diampuni dan disuruh membuang arang di muka
raja.
Pertarungan Hang Tuah – Hang Jebat.
Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam
dengan Hang Jebat. Dua tiga kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang.
Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang Jebat
terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang Jebatpun
meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut.
Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak lagi
mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat. Mempunyai
17 ruang dengan 40 buah pintu berukir. Istana dinamakan orang “Mahligai Hawa
Nafsu”.
Pangkat laksamana
dikembalikan semula kepada laksamana. Dia didudukkan sama taraf dengan Seri
Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija Diraja pula
diberikan daerah Sening Ujung.
Istana Sultan Mansur Syah Terbakar.
Dengan takdir Allah taala, istana yang
baru siap itu telah terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan.
Akibat peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja
kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam
masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini
kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu istana baru berjaya disiapkan.
Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.
Ramalan Bendahara Paduka Raja.
Seri Nara Diraja telah jatuh sakit. Dia
memanggil Paduka Raja memintakan Paduka Raja menguruskan anak-anaknya yang
masih kecil. Lagipun mereka itu adalah anak-anak saudara Paduka Raja sendiri.
Emas sebanyak 5 buah candu peti diminta bahagi-bahagikan antara mereka.
Anak-anak SND itupun pindahlah ke rumah Paduka Raja. Pada Satu waktu subuh,
Bendahara telah melihat ada cahaya yang terpancar dari kepala Tun
Mutahir ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan dapat menjadi
orang besar. Bahkan lebih dari dirinya tetapi kebesaran itu tidak kekal lama.
Bila Tun Tahir dan Tun
Mutahir besar, mereka telah meminta emas yang ditinggalkan oleh ayahnya.
Bendahara tidak memberinya. Sebaliknya mereka diberikan 10 tahil emas untuk
dibuat berniaga. Setelah cukup setahun, kedua mereka itu datang untuk membayar
hutang. Ini membuktikan yang mereka mampu menguruskan harta. Lalu emas itu dan
semua emas yang disimpan diberikan kepada mereka. Tun Tahir telah dilantik
menjadi Bendahari menggantikan bapanya dan bergelar Seri Nara Diraja, Tun
Mutahir dijadikan Temenggung dan bergelar Ser Maharaja. Tun Abdullah pula
diberi gelar Seri Nara Wangsa.
Akibat Tiada Menyembah Ke Melaka.
Pemerintah Kampar yang bernama Maharaja
Jaya tidak menyembah ke Melaka. Jadi Sultan Mansur pun menitahkan satu angkatan
pergi menyerang ke Kampar dengan diketuai oleh Seri Nara Diraja. Dibantu oleh
Khoja Baba. Mereka telah berjaya mengalahkan Kampar. Maharaja Jaya dan
mangkubuminya yang bernama Tun Demang telah terbunuh. Negeri Kampar diserahkan
kepada Seri Nara Diraja dan dia telah melantik seorang adipatinya ke sana.
Sesudah Kampar, Siak Pula.
Pemerintah Negeri Siak bernama Maharaja
Parameswara juga tidak mahu menyembah ke Melaka. Sultan Mansur memerintahkan
Seri Udana untuk menyerang Siak bersama angkatannya. Mereka telah berjaya
membunh Maharaja Parameswara. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Tun Jana
Pakibul ditawan dan di bawa balik ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan oleh
Sultan Mansur dengan puterinya yang bernama Raja Mahadewi. Dia dirajakan semula
di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Jana dilantik sebagai Mangkubuminya.
Ditolak Bumi Melaka.
Raja Muhammad yang bakal menggantikan
ayahnya Sultan Mansur telah menyebabkan Tun Besar, anak Paduka Raja meninggal
dunia. Anak-anak buah Paduka Raja mahu menderhaka untuk membalas dendam.
Bendahara menentang hasrat tersebut tetapi bersumpah tidak mahu berajakan Raja
Muhamad.
Akibatnya Sultan Mansur
telah menghantar Raja Muhammad untuk beraja di Pahang. Bergelar Sultan Muhammad
Syah. Raja Muhammad telah berkahwin dengan Mengindera Puteri, cucu Sultan
Iskandar, Sultan Kelantan. Mendapat tiga orang anak iaitu Raja Ahmad, Raja
Jamil dan Raja Mahmud.
Juara Catur.
Ialah Tun Bahara, orang pasai yang datang
ke Melaka. Tiada siapa yang dapat menandinginya. Bermain tanpa berfikir, sambil
bersyair, berbait, bergurindam dan berseloka. Cuma yang dapat sedikit
menandinginya ialah Tun Pikrama, anak Bendahara Paduka Raja.
Disuruh Merompak Ke Ujung Tanah.
Raja di negeri Meluluki, Makasar bernama
Keraeng Majiko beristerikan anak Keraeng di Tandering Jikamak tujuh saudara.
Anak dari puteri yang tua bernama Semerluki. Apabila dewasa, Semerluki telah
berahikan emak saudaranya yang bongsu. Ayahnya mengetahui hasrat Semerluki itu
dan menyuruhnya pergi merompak ke Ujung Tanah (wilayah Melaka) untuk
mendapatkan perempuan-perempuan yang cantik. Jadi Semerluki telah pergi
merompak ke pulau Jawa, wilayah taklukan Siam, Melaka dan juga Pasai. Di Melaka
dia ditentang oleh angkatan Laksamana Hang Tuah dan di Pasai oleh Orang Kaya
Kenayan. Jawa dan Siam berjaya dialahkannya tetapi dia gagal di Melaka dan juga
Pasai.
Kitab Duri’l Mazlum.
Maulana Abu Ishak adalah seorang ulama
tasawuf di Mekah. Beliau mengarang kitab Duri’l Mazlum. Beliau telah menyuruh
anak muridnya yang bernama Maulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu
ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur yang
turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu
berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu
yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah
dia telah meletak jawatan kadi dan digantikan anaknya Kadi Munawar.
Orang-orang Melaka dan
Pasai pada masa itu sangat minat untuk belajar ilmu agama. Kitab Duri’l Mazlum
dapat diberikan makna (terjemahan) oleh Makhdum Patakan, orang Pasai. Sultan
Mansur juga pernah bertanyakan kemusykilan agama kepada Makhdum Mua di Pasai
itu.Tentang kekal atau tidaknya penghuni Syurga dan Neraka.
BAB VIII : RAJA CEMPA
DAN ZURIATNYA.
Raja Campa telah memperolehi seorang budak
dari mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Dia dikahwinkan dengan Pau
Bania. Pau Gama dari keturunanannya telah datang mengadap ke Majapahit. Dia
dikahwinkan dengan Raden Galuh Ajeng. Anaknya dinamakan Raja Jakanak. Pada masa
Pau Cin memerintah telah berlaku perang antara Cempa dengan Kuci. Raja Kuci
telah merasuah Penghulu Bendahari menyebabkan Cempa dapat
dikalahkan. Dua orang anak raja Cempa iaitu Syah Indera Berma dan
Syah Pau Ling telah pergi ke Melaka dan Aceh. Syah Indera Berma telah memeluk
agama Islam. Dia dijadikan menteri di Melaka oleh Sultan Mansur Syah.
Gema Peristiwa Rampas Kuasa Di Pasai.
Pemerintah Pasai bernama Sultan Zainal
Abidin. Saudaranya telah merampas kuasa. Dia lari ke Melaka. Sultan telah
menyuruh Bendahara Paduka Raja, Seri Bija Diraja dan Laksamana serta 2 laksa
tentera pergi merajakan semula Sultan Zainal Abidin. Setelah beberapa kali
perang, Sultan Zainul Abidin berjaya ditabalkan semula. Dia enggan menyembah ke
Melaka. Belumpun angkatan Melaka sampai ke Melaka , sultan itu berjaya
dikalahkan semula. Laksamana cadangkan supaya angkata berpatah balik untuk
merajakan semula Sultan Zainal abidin tetapi Bendahara enggan. Bila
kembali ke Melaka, Bendahara telah dimurkai Sultan.
Bila ditanya Sultan,
Laksamana telah menyatakan keburukan Bendahara semasa di Pasai sedangkan bila
Bendahara dipanggil, dia telah memuji-muji laksamana. Ini menyebabkan laksamana
malu sendiri. Dia segera pergi ke rumah bendahara dan menyembah, meniarap di
kaki bendahara.
Wasiat Sultan Mansur Syah.
Hasrat Sultan Mansur Syah mahu melantik
Raden Kelang, anakanda baginda dengan Raden Galuh Cendera Kirana
menggantikannya, Malangnya Raden Kelang mati terbunuh oleh orang mengamuk.
Paduka Mimat, anakanda baginda dengan Puteri Hang Liu juga sudah meninggal.
Saudaranya Paduka Seri Cina dirajakan di Jeram, hampir Langat. Bila SMS hampir
meninggal dia mewasiatkan agar Raja Ahmad atau nama timangannya Raja Hussain
dilantik menjadi sultan. Pesan baginda pada Raja Hussain ;
i. - Dunia tidak kekal, setiap yang hidup akan mati.
ii. - Iman yang sempurna dan pekerti yang baik akan kekal disebut orang.
iii. - Hendaklah adil.
iv. - Jangan mengambil hak orang tanpa izin.
v. - Jangan lalai dari tugas (dihadap orang).
vi. - Setiap kesukaran atau kesakitan hendaklah ditolong.
vii. - Setiap yang teraniaya disiasat.
viii. - Muafakat dengan menteri dan orang besar.
ix. - Patuh pada wasiat supaya dapat berkat.
Pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat
Syah.
Sultan Alauddin beristeri dua orang.
Isteri pertama ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri kedua ada
3 anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal.Dalam negeri banyak
berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar
meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat sirih santap baginda.
Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri
itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi
berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.
Langkah Membasmi Pencuri.
Setelah Temenggung mendengar Sultan
sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan
kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian
berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri.
Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang menjumpai harta
orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat. Setiap barang
yang dijumpai dihantarkan ke balai.
Akibat Salam Dibacakan Sembah.
Maharaja Diraja, raja
Haru telah mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja
yang berkirim salam dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang
bertugas. Bila teguran tidak diendahkan, Raja Pahlawan telah
mengamuk. Ramai rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombongannya juga
ramai terbunuh. Mulai kes itu, Haru bermusuhan dengan Pasai.
Maharaja Diraja telah
menyuruh pahlawannya yang bernama Seri Indera mengamuk dalam jajahan Pasai.
Seri Indera terlanjur hingga ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin telah menitahkan
Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja menyekat amukan Haru.
Orang Haru kalah dan mengundurkan diri.
Mia Ruzul Dengan Kambing Randuk.
Mia Ruzul adalah seorang keling yang turut
serta dalam angkatan perang Melaka. Dia telah ke darat untuk buang air besar.
Terpandangkan seekor kambing disangkanya orang tua Haru yang mengintainya. Bila
disergah kambing itu melawan, akibatnya Mia Ruzul lari lintang pukang. Bila
disiasat ternyata hanyalah seekor kambing. Semua orang ketawa dan marahkan Miz
Ruzul.
Peperangan berlaku lagi
antara orang Melaka dengan orang Haru di Pengkalan Dungun. Orang Haru telah
minta diadakan perdamaian dan diterima oleh Paduka Tuan. Tidak lama selepas
kembali ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal dunia dan dia digantikan
oleh anaknya T un Kerunta. Juga bergelar Seri Bija Diraja. Seorang lagi anaknya
bergelar Tun Bija Diraja.
Ketiganya Sama Gagah.
Raja Maluku telah lari ke Melaka bila
negerinya dikalahkan oleh Kastilan. Dia sangat pandai bermain sepak raga.
Ditimangnya 100 – 200 kali barulah diberikan kepada orang lain. Dia juga sangat
gagah, Umbi pokok kelapa diparangnya hingga putus. Begitu juga Telanai
Terengganu dan Sultan Alaudin. Telanai Terengganu melembing pokok kelapa tembus
ke sebelah. Sultan Alaudin pula gagah memanah. Telanai Terengganu
yang pergi mengadap ke Melaka tanpa memberitahu ke Pahang telah menimbulkan
kemurkaan Sultan Muhammad (Pahang). Baginda telah mengarahkan Seri Akar Diraja
pergi membunuh Telanai Terengganu. Telanai Terengganu mati terbunuh, anak-anak
cucunya habis lari ke Melaka. Sultan Melaka pada mulanya ingin menyerang Pahang
tetapi atas nasihat Bendahara, Laksamana Hang Tuah sahaja dihantar ke sana.
Gema Pembunuhan Telanai Terengganu.
Di Pahang, Hang Tuah telah menyuruh
orangnya membunuh saudara sepupu Seri Akar Diraja. Bila orang yang membunuh itu
ditangkap, Hang Tuah tidak membenarkan diambil sebarang tindakan kerana
katanya, Seri Akar Diraja juga ada salahnya dengan Sultan Melaka iaitu membunuh
Telanai Terengganu tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Muhammad mengatakan
Telanai Terengganu dibunuh kerana katanya Telanai Terengganu biadab dengan
mengatakan negeri Melaka itu terletak di bawah kelangkangannya.
BAB 1X : MEMBUNUH TANPA
MEMBERITAHU KE MELAKA.
Sultan Ibrahim telah menyuruh Tun Jana
Pakibul membunuh seorang pesalah di Siak. Hal ini diketahui ke Melaka. Hang
Tuah telah diarah untuk pergi ke Siak. Tun Jana Pakibul dimarahinya
dalam majlis Sultan Ibrahim. Sultan dan Tun Jana Pakibul terdiam. Bila Hang
Tuah mahu pulang ke Melaka, Sultan Ibrahim telah berkirim surat memohon
kemaafan dari Sultan Alaudin. Pada masa itu, tidak dibenarkan hukuman bunuh
dalam taklukan Melaka melainkan dengan pengetahuan Sultan Melaka.
Seorang anak Sultan
Alaudin yang bernama Raja Menawar telah dirajakan di Kampar. Bila Sultan
Alaudin mangkat, tempatnya digantikan oleh Raja Mamad. Pada masa itu Raja Mamad
masih lagi seorang kanak-kanak. Wasiatnya supaya Raja Mamad menggantikannya
disampaikan di hadapan Bendahara Paduka Raja, Kadi, Paduka Tuan, Seri Nara
Diraja, Temenggung dan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Kepada Raja Mamad, Sultan Alaudin berpesan
supaya :
ð Banyak bersabar.
ð Memaafkan kesalahan
hamba sahaya.
ð Utamakan pekerjaan
akhirat dari kerja dunia.
ð Berserah diri atau
bertawakkal kepada Allah.
ð Jangan mengaibkan
pesalah, kalau perlu bunuh, boleh dibunuh.
ð Patuh pada wasiat
supaya dapat berkat Allah.
Setelah berwasiat kepada Raja Mamad,
Sultan Alaudin pun mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Mamad dengan gelaran
Sultan Mahmud Syah. Sekali peristiwa Sultan Mahmud sakit perut buang-buang air.
Terpaksalah Bendahara Paduka Raja dan Laksamana mengasuhnya. Bendahara membasuh
beras, Laksamana memasaknya. Bila masak bendahara yang menyuapkan. Bila buang
air, Laksamana membasuhnya. Nenda baginda yang bergelar Raja Tua telah datang
untuk melihat Sultan Mahmud. Dia tidak dibenarkan hampir oleh bendahara. Ini
kerana dia lebih kasihkan Raja Menawar dan dia bercadang untuk membunuh Sultan
Mahmud dengan menindihnya sambil pura-pura menangis. Rancangannya tidak
berjaya.
Bendahara Paduka raja dengan Laksamana.
Setelah sembuh dari sakit, Sultan Mahmud
menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan usungan. Laksamana menggunakannya
tetapi bendahara tidak. Bila anak-anak buahnya mengomen, Bendahara mengatakan
dia tidak mahu dipandang sama taraf atau lebih mulia dari Raja. Bendahara juga
selalu memberikan apa-apa hadiah istimewa yang diterimanya kepada laksamana
seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata. Alasannya supaya Laksamana dapat
memanfaatkan alat-alat itu untuk negara.
Wasiat Bendahara Paduka Raja.
Bila bendahara jatuh sakit, dia
mengumpulkan semua anak cucunya. Untuk mereka dia berwasiat. Nasihatnya kepada
Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun Pauh dan juga
Tun Isap. Sultan Mahmud juga datang menziarahi Bendahara.
Setelah Bendahara Paduka
Raja meninggal dunia dia digantikan oleh saudaranya yang bernama Tun Perpatih
Putih. Bergelar Bendahara Putih. Bendahara ini sangat boros. Jikalau lilin
panjang sejengkal dibuangnya kerana dianggapnya puntung.
Nyaris Lembing Diterbangkan Ke Dada.
Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan
isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu
dinihari, dia terserempak dengan Tun Biajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan
Mahmud kalaulah tidak dingatnya yang Sultan Mahmud adalah tuannya. Isterinya
itu diceraikan. Sebagai ganti, Sultan memberikannya seorang gundik baginda yang
bernama Tun Iram Sendari.
Pada satu malam, Sultan
Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, Di sana di dapati telahpun ada Tun Ali
Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap sebagai isyarat
supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu.
Peristiwa Pembunuhan Tun Ali Sandang.
Setelah menerima sirih, Tun Isap pun pergi
membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja (anak bongsu Bendahara Paduka Raja)
sangat marah, dia mahu Tun Isap dibunuh tetapi Sultan Mahmud arahkan Tun Isap
berlepas diri. Tun Isap lari membawa diri ke merata tempat termasuklah ke
Pasai, Haru dan Brunai. Akhirnya dia kembali ke Melaka. Bila pulang Sultan
menyuruhnya pergi mohon maaf dengan Seri Wak Raja tetapi Tun Isap dibunuh
sebaik dia sampai ketika Seri Wak Raja masih lagi di atas gajah.
Pada waktu terdapat 4
orang yang sangat dikasihi oleh Sultan iaitu Seri Wak Raja sendiri, Tun Umar,
Hang Isa pantas dan Hang Hussin Cengang. Baginda berjanji akan menunaikan apa
sahaja permintaan mereka. Bagaimanapun bila Seri Wak Raja memohon jadi panglima
gajah, tidak ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun Umar mohon jadi raja
di laut itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih hidup. Permintaan Hang
Isa mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang Hussin pula mohonkan
kerbau 15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga ditunaikan.
Telatah orang-orang yang dikasihi raja.
Seri Wak Raja sendiri bila dipanggil oleh
raja, sengaja dia melewat-lewatkannya. Kecuali bila Tun Isap yang datang kerana
Tun Isap akan meminta pelbagai perkara sambil menantikan Seri Wak Raja siap.
Sebenarnya Seri Wak Raja adalah sangat mahir tentang gajah dan kuda. Kerana
kemahirannya itu dia berjaya mengahwini anak Kadi Menawar. Hang Isa Pantas pula
mahir dalam permainan layang-layang. Layang-layang Raja Ahmad yang besarpun
putus apabila bergesel dengan layang-layangnya. Hang Hussain pantas pula
seorang yang kuat makan.
Sultan Mahmud seorang
yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri Bija Diraja dibunuh kerana
Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada hari raya. Sultan Mahmud sendiri
tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang untuk belajar tetapi sebagai
Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang sebagai fakir Mahmud.
Manjong Dan Kelantan Diserang.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan untuk
menyerang Manjong kerana Manjong bermusuh-musuhan dengan Beruas. Beruas adalah
jajahan Melaka. Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong. Seri Maharaja pula
dititahkan menyerang Kelantan. Kelantan juga berjaya dikalahkan. 3 orang puteri
raja Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang
diperisterikan baginda.
BAB X : TUN MUTAHIR
DIJADIKAN BENDAHARA.
Setelah Bendahara Putih meninggal terdapat
9 orang yang layak untuk dilantik sebagai bendahara. Bonda Sultan Mahmud adalah
saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi Sultan Mahmud agar melantik
saudaranya itu sebagai Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri Maharaja. Satu
perangainya yang buruk ialah belaiu seorang yang kuat bergaya. Dalam sehari
enam tujuh pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau menjadi Bendahara,
Negeri Melaka semakin makmur.
Titisan keturunan Bendahara Seri Maharaja.
Anak Bendahara Seri Maharaja sangat ramai.
Anaknya yang sulung ialah Tun Hassan Temenggung. Anaknya Tun Biajid Rupat
bergelar Seri Petam. Seri Nara Diraja iaitu kakak Bendahara Seri Maharaja pula
dilantik sebagai Penghulu Bendahari. Mempunyai 5 orang anak. Tun Abdul, adik
Bendahara Seri Maharaja pula bergelar Seri Nara Wangsa.
Peristiwa Patih Adam dengan Tun Minda.
Patih Adam adalah Pangeran Surabaya, dia
telah bertamu ke rumah Seri Nara Diraja. Tun Minda yang masih kecil dan baru
tahu berlari-lari telah berlari-lari di depan Patih Adam. Seri Nara Diraja
sambil bergurau mengatakan Tun Minda berkata mahu berlakikan Patih Adam.Setelah
Tun Minda besar, Patih Adam telah datang semula ke Melaka bersama 40 peria
untuk menuntut janji Seri Nara Diraja. Pada mulanya Seri Nara Diraja tidak
bersetuju. Pateh Adam menjalankan helah untuk menangkap Tun Minda di rumahnya.
Setelah pengawal dirasuah dapatlah dia masuk dan menangkap Tun Minda. Tun Minda
diikat dan dia sendiri menindih peha Tun Minda. Setelah semua pengikutnya mati
terbunuh, Tun Minda tidak dilepaskan. Akhirnya dapatlah dia mengahwini Tun
Minda dan kembali ke Surabaya.
Meminang “Puteri Gunung Ledang”.
Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan
Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang.
Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri
juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia
disuruh berhenti.
Tun Mamat telah naik
dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa
seorang perempuan tua dalam sebuah taman. Beliau mengaku bernama Dang raya Rani
iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat Sultan
Mahmod. Tidak lama kemudian muncul seorang tua yang lain. Dia memberitahu syarat
Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda
dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati
nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda
setempayan dan darah anak raja semangkuk. Bila syarat-syarat ini dinyatakan
kepada Sultan Mahmud belaiu mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali
darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.
Tepuk Berbalas, Alang Berjawat.
Sultan Nara Singa, raja Inderagiri
dijadikan menantu Sultan Mahmud. Setelah bernikah dia tidak dibenarkan balik ke
Inderagiri. Bila dapat kesempatan balik, Inderagiri telah diperintah oleh
Maharaja Isap. Bila Sultan Nara Singa balik, Maharaja Isap lari ke Lingga.
Dijadikan menantu Raja Lingga dan kemudian menggantikan mertuanya sebagai raja
Lingga.
Semasa Maharaja Isap
datang mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah menyerang Lingga. Sebaliknya
bila Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka, Maharaja Isap pula menyerang
Inderagiri dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di Melaka, mereka didamaikan oleh
Sultan Mahmud.
Hang Nadim dititahkan ke Benua Keling.
Hang Nadim, menantu Laksamana Hang
Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40
bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal
Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang
dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim
segera bersiap untuk pulang.
Malangnya Hang Isap
telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak
menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali
pelir”. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan
pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam
dipukul ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau
Selon. Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja. Sultan
murka dengannya. Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan di
Tanjung Keling. Dia digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan.
BAB XI : SERI WAK RAJA
DENGAN GAJAH PAHANG.
Setelah Sultan Muhammad, raja Pahang yang
pertama meninggal. Beliau digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Abdul
Jamal. Abdul Jamal menghantar utusan ke Melaka minta ditabalkan. Sultan Mahmud
telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Abdul Jamal dengan
gelaran Sultan Abdul Jamal. Di Pahang, ilmu Seri Wak Raja dan anaknya Tun Umar
mengenai gajah teruji. Bagaimanapun mereka berjaya.
Peri Cantiknya Paras Anak Bendahara
Pahang.
Seri Wak raja telah pulang ke Melaka dan
menceritakan tentang cantiknya paras anak Bendahara Pahang yang bernama Tun
Teja Ratna Benggala. Ini membuatkan Sultan Mahmud berahikannya. Baginda
bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan TunTeja akan diberikan hadiah yang
besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka. Berita ini
didengar Hang Nadim. Untuk menebus dosanya, beliau segera ke Pahang.
Tun Teja Dilarikan Ke Melaka.
Hang Nadim telah berbuat baik dengan
seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga dengan Nakhoda Saiyid Ahmad.
Dengan bantuan mereka, Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja ke Melaka.
Pertempuran Di Laut Pulau Keban.
Sebaik Sultan Abdul Jamal, mendengar
tunangannya dilarikan Hang Nadim, Dia segera mengejar. Hang Nadim diserang oleh
angkatan Sultan Abdul Jamal. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri ke
Melaka. Sultan Melaka sangat gembira. Hang Nadim dihadiahkan emas dan perak
yang tidak terkira. Saiyid Ahmad dijadikan bentara. Hang Nadim sendiri
dianugerahkan Puteri Cau Pauk, anak raja Kelantan.
Gajah Sultan Pahang Pula Dilarikan.
Sekembalinya Sultan Abdul Jamal ke istana,
dia sangat marah, dengan menunggang gajahnya yang bernama Ai Kening
dilanggarnya balairung istananya sendiri. Kononnya begitulah dia akan melanggar
istana Melaka. Khabar ini didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka. Disuruhnya
pula curi gajah tersebut. Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke Pahang. Dengan
tipu helahnya, Ai Kening telah berjaya dilarikan ke Melaka.
Bersyaikh diri di Lubuk Pelang.
Sultan Abdul Jamal dengan segera
memerintahkan panglima Pahang mengejar Laksamana Khoja Hassan. Mereka diketuai
oleh Seri Akar Raja. Bagaimanapun usaha mereka gagal. Sultan Abdul Jamal telah
turun takhta dan membawa diri bersyaik di Lubuk Pelang. Anakanda baginda
bergelar Sultan Mansur Syah dirajakan.
Rahsia pembunuhan Raja Zainal.
Dia adalah saudara Sultan Mahmud sendiri.
Kecantikannya tiada tara pada waktu itu. Dia menjadi kegilaan orang-orang
perempun di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian orang perempuan
mahu melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah kepadanya. Mendengar
hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia telah menyuruh Hang
Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang mengatakan Raja Zainal telah
mati dibunuh oleh pencuri. Hang Berkat dianggap saudara oleh Sultan dan dia
diberikan gelar Sang Sura.
Sultan Mahmud Syah Serba Salah.
Satu hari isteri Sang Sura telah berzina
dengan Sang Guna. Sang Sura mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya sultan serba
salah kerana Sang Guna adalah tukang keris istana yang mahir. Bagaimanapun Sang
Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk berdiri di muka pintu pun tidak
dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana. Akhirnya Sang Guna minta dikat dan
diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya sekali.
BAB XII : RAJA LEGOR
GAGAL MENYERANG PAHANG.
Raja Legor yang bernama Maharaja Dewa Sura
telah dititahkan oleh Raja Siam untuk menyerang Pahang. Berita ini didengar ke
Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud telah bersetuju menghantar tentera
Melaka bagi membantu Pahang. Bendahara Seri Maharaja telah diarahkan ke sana.
Dia juga meminta Laksamana turut sama. Dengan bantuan Melaka, Pahang tidak
berjaya ditewaskan oleh Legor.
Biadap Di Hadapan Bendahara.
Seorang pembesar bernamaTun Perpatih
Hitam, dia mempunyai seorang anak bernama Tun Hussin. Dia pernah bersumpah akan
mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang. Satu kali bapanya itu dipanggil
bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih faham dengan seorang dagang. Pada
masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang. Melihat kedatangan
anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan Bendahara.
Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh. Tun Hussin
yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada Sultan dan
Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.
Zuriat Laksamana Hang Tuah.
Laksamana mempunyai 2 orang isteri. Isteri
pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak iaitu Tun Sirah
(Isteri temenggung Khoja Hussin), Tun Biajid dan Tun Daerah (isteri Sultan
Mahmud). Dengan isterinya yang kedua dari keluarga Bendahara Paduka
Raja ada 2 orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa (Isteri Hang Nadim).
Raja Petani dan Raja Kedah dinobatkan.
Anak raja Siam Cau Seri Bangsa telah
menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah. Dia berjanji
kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir Allah dia menang.
Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani. Dia meminta dinobatkan oleh
Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah. Raja
Kedah juga telah ke Melaka untuk dinobatkan. Beliau juga dinobatkan oleh Sultan
Mahmud.
Kebesaran Melaka Dan Kedatangan Portugis.
Penduduk negeri Melaka semakin ramai
hingga mencapai 19 laksa ramainya. Ramai dagang yang datang termasuklah orang Portugis
dari Goa, India. Hairan orang Melaka melihat mereka dan dikatakan sebagai
Benggali Putih. Setelah kembali ke India, dia membuat laporan kepada wizurainya
di Goa iaitu Alfonso d’ Albuquerque. Dengan segera dia memerintahkan tenteranya
datang menyerang Melaka. Penduduk Melaka pada masa itu kehairanan melihat
peluru meriam. Bagaimanapun angkatan Portugis berjaya dikalahkan. Alfonso mahu
Melaka diserang lagi tetapi Kapitan Mor melarang menyerang Melaka selagi
Bendahara masih hidup. Alsonso bersumpah setelah dia turun dari menjadi wizurai,
dia akan datang menawan Melaka.
Makhdum Dipersenda Muridnya.
Satu ketika seorang pendita dari Jeddah
telah datang ke Melaka, beliau bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan dan pembesar
Melaka pun berguru dengannya. Ketika berada di rumah Bendahara, datanglah Seri
Rama. Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau memang seorang
yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah memberitahunya
yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis). Seri Rama pula
menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala
najis). Maksudnya dia telah memperli Makhdum yang dikatakannya
datang ke Melaka untuk mencari harta. Marahlah Makhdum padanya.
Tun Mai Ulat Bulu juga
telah mempersendakan Makhdum. Puncanya dia dikatakan keras lidah. Sebaliknya
Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan perkataan seperti “kunyit,
nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun Mai Ulat bulu mengatakan ;
begitulah halnya sendiri yang gagal untuk menyebut huruf-huruf arab.
Bertanya satu masalah agama ke Pasai.
Orang Kaya Tun Muhammad dititahkan ke
Pasai untuk bertanyakan masalah agama tentang rezeki. Ada pendapat mengatakan
ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula mengatakannya tidak. Untuk
menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan menyelesaikannya. Jawapan
itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu dia pun kembali ke Melaka.
BAB XIII : TUN FATIMAH
ANAK BENDAHARA SERI MAHARAJA.
Kecantikan Tun Fatimah diumpamakan laut
madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah ditunangkan
dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja Di Baruh iaitu bapa
saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya perkahwinan ditangguhkan kerana Tun
Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan dulu, lagipun Permaisuri Tun
Teja telah mati. Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari perkahwinan
Sultan datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh Bendahara
sebagai jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
Kekayaan Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara sangat kaya. Mempunyai simpanan
emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan Raja Mendaliar,
Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau hilang diberinya
yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau anak buahnya
pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang disembelih
mereka.
Tun Hassan Temenggung Cuba Dibeli.
Semua orang besar-besar datang ke rumah
Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan hadiah. Hanya
Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan pernah menyatakan
; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia akan memberikan 10
tahil emas.
Punca Mencetuskan Sekejam-Kejam Hukuman.
Nina Dewa Sura telah bertelingkah dengan
Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah petang,
mereka disuruh datang keesokkan harinya. Malam itu, Nina Sewa Sura telah
merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya dia menang dalam
kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada berhutang dengan Raja
Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura
itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara
membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju. Segala
hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja Mendaliar telah pergi
mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan emas sebahara
disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya Bendahara mahu
merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta kerajaan, piu dan
kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia memberitahu raja.
Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara.
Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan
Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh
Bendahara. Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh Bendahara.
Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang oleh Sultan.
Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta sepupunya
Tun Ali pun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak
dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya. Bila kahwin, segala harta
Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati tuduhan yang Raja mahu merampas
takhta tidak benar kerana alatan seperti takhta, piu dan kasut emas tidak ada.
Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja Mendaliar dibunuh. Harta
Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan pernah bersumpah
mengharamkam darah laksamana.
Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok).
Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka
Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan
kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara, dia menolak
tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk
Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu minyak wangi
digunakannya.
Tun Biajid sasar.
Dia adalah anak Bendahara Paduka Tuan.
Sasar bahasa. Bila berjalan ke pasar, diambilnya segala barang yang
diperkanannya. Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid dan
membayar harga barangan yang diambilnya. Tun Biajid telah dihadiahkan seekor
gajah oleh ayahnya. Gajah ini selalu dijual tapi ditebus semula oleh Bendahara.
Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah gajahnya.
Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh kerana dia
membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.
Zuriat bendahara Lubuk Batu.
Anak Bendahara ramai antaranya ialah Tun
Khoja Ahmad atau gelarnya Tun Pikrama dan Tun Pauh. Anak Tun Khoja Ahmad
bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk Bendahara Johor.
Sultan Mahmud Membuang Kerajaan.
Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, Tun
Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga
sangat menyesal membunuh Bendahara Seri Maharaja. Sultan Mahmud telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan
ditemani oleh Sang Sura.
Sultan Ahmad pula tidak
kasih akan orang-orang besar. Dia hanya kasih kepada beberapa orang tertentu
sahaja seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Muhammad Unta, Tun Ali
Berudu dan Tun Ali Kenyal. Orang-orang muda tiga empat belas orang dan hamba
raja dua tiga puluh orang. Itulah sahaja teman-temannya.
Tun Fatimah pula bila
hamil dibuangkannya. Alasannya kerana pengganti raja telah ada. Sultan Mahmud
berjanji akan merajakan anaknya, barulah kandungan itu dibelanya. Malangnya Tun
Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih dan Raja Khatijah.
Sultan Mahmud pula asyik belajar tasawuf dengan Makhdum Sadar Jahan.
BAB XIV : DI SAAT AKHIR
KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Alfonso d’Albuquerque setelah turun
daripada wizurai Goa telah kembali ke Portugal meminta armada untuk menyerang
Melala. Dari Goa dia telah menyerang Melaka dengan 43 buah kapal. Cubaan
pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh Sultan Ahmad. Pada waktu malam, dibacakan
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk membangkitkan semangat
perang. Dalam perang keesukan harinya, tangan sultan telah terluka.
Sultan Mahmud, Sultan Ahmad berlepas diri.
Akhirnya Portugis berjaya menewaskan
angkatan Melaka. Sultan Ahmad, Sultan Mahmud lari meinggalkan Melaka. Pada
mulanya ke Muar dan seterusnya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Di Johor
berkota di Pekan Tua dan seterusnya ke Bintan. Perangai Sultan Ahmad yang tidak
menghormati pembesar menyebabkan dia akhirnya disuruh bunuh oleh Sultan Mahmud.
Ditanamkan di Bukit Batu.
Melantik Orang-Orang Besar Kerajaan.
Sultan Ahmad digantikan dengan Sultan Muzaffar. Sultan Muzaffar masih
lagi kanak-kanak. Tun Khoja Ahmad anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan Bendahara bergelar
Paduka Tuan. Tun Abu Ishak dijadiikan Perdana Menteri bergelar Seri Amar
Bangsa. Tun Hamzah anak Seri Nara Diraja dijadikanBendahari.Tun Abdul Karim dan
Tun Jenal juga diberikan gelar. Bila Laksamana Khoja Hasaan mati, dia
ditanamkan di Bukit Pantar dan digantikan pula oleh Hang Nadim.
Anak Raja Bakal Kerajaan.
Bila Tun Fatimah hamil dan melahirkan anak
lelaki, Sultan Mahmud sangat gembira. Anak itu dinamakan Raja Ali dengan
timangannya Raja Kecil Besar. Peterana dan permaidani Sultan Muzaffar diambil
untuk digunakan oleh Raja Ali. Setelah genap 40 hari, acara pertabalan
dijalankan. Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah dan digelar
juga Sultan Muda.
Tun Ali Hati lebih rela mati.
Semasa kematian Sultan Ahmad, semua
kawan-kawan Sultan Ahmad dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan mereka diminta taat
setia pada Sultan. Semua orang lain datang kecuali Tun Ali Hati. Dia tidak
datang dan minta dibunuh sahaja. Akhirnya dia dibunuh juga oleh Sultan Mahmud.
Raja Abdullah Ditawan Peringgi.
Raja Abdullah adalah pemerintah Kampar.
Saudara Sultan Mahmud. Bila Sultan Mahmud kalah, Raja Abdullah cuba
berbaik-baik dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat menjadi sultan
yang baru di Melaka. Belaiu telah ditangkap, dibawa ke Melaka dan seterusnya
dibawa ke Goa.
Angkatan Peringgi menyerang Bintan.
Sultan sangat mengharapkan Temenggung Seri
Udani turun berperang menentang Portugis. Beliau hanya turun bila Portugis
sudah di kuala, tanpa mengadap raja dahulu. Terus ke Kota Kara. Berperang
dengan Portugis di situ sehingga mati.
Pusaka Dari Temenggung Seri Udani.
Temenggung sebenarnya berkecil hati
terhadap Sultan kerana tidak memberikannya biaya. Hartanya yang disuratkan
kepada raja hanyalah talam, periuk, belanga, bokor, pinggan, mangkuk yang telah
retak dan sumbing. Budak tiga orang iaitu Si Berkat, Si Lamat dan Si Tuakal.
Bila Sultan membaca surat Temenggung itu dia tertunduk sedih. Baginda segera
menyuruh menghantarkan satu persalinan kepada Temenggung seperti pakaian anak raja-raja.
Membalas Kasih Raja.
Peringgi telah mengalahkan kota Kopak.
Seri Nara Diraja berjaya membawa Sultan Mahmud lari. Beliau berjumpa Seri Wak
Raja. Dia ikut sama. Diajaknya Seri Wak Raja membantu Raja dengan menyindir
untuk membalas jasa Sultan Mahmud yang telah membunuh saudara mereka berdua
(Bendahara Seri Maha Raja dan Seri Nara Diraja). Ini membuatkan Sultan
bersedih. Untuk mendapatkan makanan, Seri Wak Raja terpaksa menyamun, mencuri
nasi yang sedang ditanak oleh seorang perempuan.
Dari Bintan pindah ke Kampar.
Setelah Peringgi balik ke Melaka, Sultan
dan rombongannya pergi ke Kampar. Di sana beliau terkejut mendengar berita Raja
Abdullah yang ditangkap Portugis itu. Sultan menduduki istana Raja Abdullah.
Malangnya permaisuri telah meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan tiada
nobat.
Masalah Tiada Mempunyai Putera Lelaki.
Raja Pahang iaitu Sultan Mansur Syah (Anak
Sultan Abdul Jamal) tidak mempunyai anak lelaki. Satu ketika, Raja Muhamad,
raja Terengganu yang berasal dari anak raja Kelantan telah datang ke Pahang.
Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan. Dapat seorang anak lelaki. Dinamai Raja
Ahmad dan dijadikan anak angkatnya. Bila sudah besar, Raja Ahmad dikahwinkan
dengan anakanda baginda Raja Puspa Dewi. Dapat seorang anak dinamakan Raja
Omar.
BAB XV :
SULTAN MAHMUD MANGKAT DI KAMPAR.
Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati
telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga
sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya :
ð Bersabar.
ð Jangan tinggalkan
bendahara dan menteri dalam sebarang urusan.
ð Berlaku adil terhadap
rakyat dan tentera.
ð Jangan mudah mendengar
fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat mengharapkan keadilan
dan kemurahan raja.
Setelah Sultan Mahmud mangkat, Sultan
Alaudin pun pindah ke Pahang semula.
Bertapak Semula Di Bumi Semenanjung.
Di Pahang, Sultan Alaudin telah berkahwin
dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi. Setelah kahwin, mereka
pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang Nadim, merekapun pindah ke
Johor.
Berbuat negeri di Johor.
Sultan Alaudin memerintahkan berbuat kota
di Kuala Johor hingga ke Kuala Sungai Kerting. Laksamana Hang Nadim duduk di
Bintan. Sultan mendapat dua orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Fatimah.
Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal Wangsa.
Surat meminang dari Pahang
Surat meminang dari Pahang
Bila Sultan Pahang mengetahui Sultan Johor
telah mendapat anak perempuan, dikirimnya utusan ke Johor untuk meminang Raja
Fatimah untuk Raja Omar. Atas nasihat Bendahara, peminangan itu diterima.
Hasrat Sultan Pahang tercapai
Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa segera
balik memberitahu Sultan Pahang akan kesediaan Sultan Alaudin itu. Mereka juga
melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana terhadap Peringgi.
Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan Pahang berangkat ke
Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.
Istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
Antara istiadatnya ialah :
· - Menghantar sirih dan
emas belanja.
· - Pekerjaan berjaga-jaga
selama 40 hari. Pelbagai permainan dimainkan.
· - Kenduri kerbau, lembu,
kambing, itik, ayam disembelih.
· - Raja Omar diarak dengan
gajah, lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Diiringi dengan pelbagai alat
muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan madeli.
· -Tuan Kadi menikahkan.
· - Makan beradap-adapan.
· - Jamuan untuk tamu
diawasi oleh Temenggung dan para bentara. Bendahara santap satu hidangan
seorang diri kecuali boleh ditemani oleh anak raja yang bakal menjadi raja.
Selepas Mangkat Sultan Alaudin.
Tidak lama selepas perkahwinan Raja
Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun
Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat
dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar
Syah. Ketika itu baru berusia 19 tahun. Sultan Mansur di
Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja Ismail dan bergelar Sultan Jamal
Syah.Setelah beberapa lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar pindah ke Seluyud.
Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari Pahang, iaitu emak Raja
Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara Diraja, sebab emak Raja
Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.
Nikah Dalam Sunyi.
Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke rumah
Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh berahi.
Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan Muzaffar pun
nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap. Bila Bonda Raja
Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan isterinya raja
Fatimah. Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur sebab hamil. Raja
Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja Fatimah suruh
hantar padanya, biar dia peliharakan. Raja Fatimah sendiri juga hamil, dapat
seorang anak lelaki dinamakan Raja Abdul Jalil. 10 bulan kemudian, bonda Raja
Mansur beranak dan dinamakan Raja Abdullah. Kedua-dua bayi itu diangkat anak oleh
Sultan Muzaffar.
Wasiat Sultan Muzaffar Syah.
Bila Sultan Muzaffar Syah hendak mangkat
diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku oleh Bendahara.
Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja Fatimah. Raja Abdul Jalil pula sangat
erat hubungannya dengan Raja Abdullah. Rahsia Raja Abdullah sebagai anak Sultan
Muzaffar Syah tidak diketahui sesiapa kecuali Bendahara dan Seri
Nara Diraja sahaja.
Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepi.
Raja Abdul Jalil setelah berusia 9 tahun
telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda sempat mewasiatkan
agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh emaknya,
Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak dinobatkan Raja
Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan Bendahara terpaksa
tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu berkuasa, memangku
raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat
Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.
Tun Seri Lanang jadi Bendahara.
Bendahara Paduka Raja gering dan meninggal
dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara. Bergelar Bendahara
Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil pindah pula dari Seluyud ke
Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis tapi tidak dapat
dikalahkan. Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah Putih.
Pindah pula ke hulu Sungai Damar atau makam Tauhid. 2 kali Portugis
menyerang. Negeri Makam Tauhid tidak dapat dikalahkan. Bila
Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan oleh orang besar Cempa. Raja fatimah
juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama kuburan kekandanya Sultan
Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian suaminya pula meninggal. Sultan Ala
Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu. Raja Abdullah hendak dinobatkan tetapi
baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana Raja Mangsur cuai menjalankan tugas,
Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas sultan. Raja Mansur sekali lagi mahu
pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di Pasir Raja.
Sekian Terima kasih
link :Watak dan perwatakan dalam teks Sulalatus Salatin (pembukaan Negeri Melaka & pemerintahan Sultan Alau'd-din Riayat Syah
link: Video pendek teks sulalatus salatin (Pembukaan Negeri Melaka & pemerintahan Sultan Alau'd-din Riayat Syah)
Link: Cermin adab (monolog Sultan Mahmud & Hang Tuah Dihukum Bunuh)
No comments:
Post a Comment