Wednesday, 18 April 2018

STRUKTUR NARATIF

STRUKTUR NARATIF 

TEMA


Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera.
     Buku Sulalatus Salatin ini bertemakan politik. hal ini demikian kerana buku ini mengisahkan berkenaan susur galur raja-raja Melayu bermula dari Sultan Iskandar Zulkarnaian.


PERSOALAN

    Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. Dalam teks Sulalatus Salati terdapat banyak persoalan yang boleh diambil. Disini kami menyenaraikan beberapa persoalan:
  • sikap manusia yang tamak.
  • ketaatan pada raja.
  • kebijaksaan dalam memerintah kerajaan.
  • bangsa yang mengekalkan kepercayaan lampau.
  • kezaliman raja.
  • tekun dalam melakukan pekerjaan.

MESEJ


      Pengajaran juga bermaksud sesuatu yang dapat diambil sebagai iktibar, hikmah, atau pengajaran berguna. Pengajaran biasanya dikaitkan dengan tanggungjawab ataupun teknik seseorang contohnya seorang guru memindahkan sesuatu yang baru kepada orang lain. Ianya juga sama konsep jika watak ‘guru’ itu merupakan guru yang sebenar ataupun orang perseorangan, komputer, television, buku manual/panduan dan seumpamanya. Pengajaran merupakan satu proses atau aktiviti yang unik dimana ianya memerlukan perancangan, perlaksanaan, penilaian dan maklumbalas yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan ataupun kemahiran tertentu. 
        Dalam buku Teks Sulalatus Salatin, terdapat banyak mesej  yang diperolehi untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian. Antara mesej yang terdapat dalam Sulalatus Slatin ialah:
  • Sebagai pemimpin jangan sekali menzalimi rakyat.
  • sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan.
  • sentiasa ikhlas dalam melakukan pekerjaan.
  • kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja.
  • kita hendaklah menjalankan hubungan diplomatik dengan baik.
  • sentiasa amanah dalam kehidupan.
  • sentiasa menerapkan amalan berkerjasama dalam kehidupan.

NILAI MURNI


1) Nilai keberanian 
Nilai keberanian dapat dilihat melalui kisah Langkah membasmi pencuri. Keberanian ditunjukkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang menyamar menjadi rakyat biasa untuk menangkap pencuri bersama pembantunya hang ishak dan hang isap. Dengan keberaniannya, pencuri itu dapat ditangkap  dan dibunuh oleh beliau.


2) Nilai Bijaksana 
Nilai ini ditunjukkan sewaktu Sultan Mansur Syah ingin hubungan dngan siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya menghadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untutt tetapi belakangnya tidak lut ditikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperi Siur itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.


3)Nilai Kesetiaan
Nilai ini dapat ditunjukkan sewaktu istana Sultan Mansur Syah terbakar. Dengan takdir Allah taala, istana yang baru disiap itu terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan. Akibat daripada peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu, istana baru berjaya disiapkan. Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.


4)Nilai Berbudi Mulia
Nilai ini dapat diceritakan melalui kisah Kitab Duri'l Mazlum. Maulana Abu ishak seorang ulama tasawuf di mekah. Beliau mengarang kitab Duri'l Mazlum. Beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Mulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur Syah yang turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah dia tela meletak jawatan kadi dan digantikan dengan anaknya Kadi Munaawar.



NILAI KEMANUSIAAN DALAM SULALATUSALATIN

Kemanusiaan  bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.

Nilai kemanusiaan ini kita boleh lihat dari sudut:-

1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang meng­utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang ­rasa,nasihat  menasihati atau pengajaran.

2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang menge­nepikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat­-sifat ini seperti sifat kejam dan ganas, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Antara nilai kemanusiaan yang menunjukan kemanusiaan yang positif dan negatif kita boleh lihat dibawah iaitu:-

NILAI KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN).

1.  Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengu­tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;

i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut tentang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu."

ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba­ginda sanggup menyamar sebagai rakyat biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju­an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digam­barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)

"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter­lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walaupun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah:

"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang dicurahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

3.1 Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me­nyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye­lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men­dapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minum racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffar Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di­lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla­wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.

3.2. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat berjasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh­pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber­pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pada rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana­kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pada rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke­rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me­ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat­kan;

"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa­mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)

3.3. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja­linkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;

"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persali­nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."

4. Sifat bertimbang rasa atau diplomasi.

Sifat ini juga sa­ngat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutama­nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murni ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.

4.1.Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Negeri Kida Hindi telah berjaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.

4.2.Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffar Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Mela­ka waktu itu. Sifat timbang rasa Sultan yang sekaligus me­ngorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja­an dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkaliber iaitu Tun Perak un­tuk menduduki tempat Bendahara.

4.3.Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan baginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguh-­sungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menja­min raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak mengguna­kan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.

4.4. Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang se­makin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimban­gan yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbin­cangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakan­danya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang ternyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, ba­ginda turun dari takhta dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.

5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampau batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah.
Wasiat pada pembesar negeri: Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad: “hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal­kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."

6. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak­waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-­episod seperti:

6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.

6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, telah melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me­lakukan kesalahan mencuri.

6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, ter­puji di sisi agama Islam.

Nilai kemanusiaan – Berbakti (Sulalatus Salatin)

F1:          Berbakti kepada negara dengan memberi sumbangan tenaga untuk berkawal pada waktu malam. (Farah & Damia)
H/C:       Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan mengenepikan kedudukan demi untuk keselamatan rakyat yang diancam dengan kejadian kecurian. Sultan Alauddin Riayat Syah sanggup menyamar dan berkawal malam dengan memakai pakaian seperti pencuri bagi memudahkan beliau menangkap pencuri yang mengganas di Melaka. Jika sekiranya Sultan Alauddin Riayat Syah tidak sanggup berbakti kepada negara pasti kejadian kecurian akan lebih berleluasa dan pasti keselamatan rakyat akan tergugat. Sumbangan bakti dengan mengenepikan kedudukan akan mampu membentuk keperibadian yang mulia dan menjamin keselamatan negara.

F2:          Berbakti kepada raja dengan memberikan idea untuk menyelamatkan negara dari serangan ikan todak.(Rosni & Atikah)
H/C:       kebijaksanaan yang ada pada seseorang boleh digunakan untuk menghulurkan bakti kepada keselamatan negara. Seorang kanak-kanak pintar dalam peristiwa Singapura dilanggar todak telah berbakti kepada raja dengan mengemukakan idea agar menggunakan batang pisang bagi menangkis serangan ikan todak yang sebelum ini penduduk singapura menggunakan betis. Jika sekiranya Paduka Seri Maharaja tidak menerima idea yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut pasti lebih ramai rakyat singapura akan terkorban dan ini akan menggugat keselamatan negara.Kebijaksanaan yang dikurniakan perlu dimanfaatkan untuk berbakti kepada negara agar ia dapat menyumbang untuk keselamatan negara.

F3:          Berbakti kepada negara dengan menggunakan keberanian menghadapi musuh. (Madiah & Azleen)
H/C:       Keberanian dalam menghadapi musuh boleh digunakan untuk menghulurkan bakti kepada keselamatan negara. Hang Tuah dengan berani menghadapi orang yang mengamuk demi menjaga keselamatan negara dari ancaman. Jika Hang Tuah tidak berani menghadapi musuh pasti dia tidak dapat menyumbangkan bakti kepada negara. Sewajarnyalah keberanian perlu digunakan dengan betul untuk tujuan berbakti kepada negara dan bangsa.

F4:          Berbakti kepada raja dengan sanggup berkorban biarpun terpaksa berdepan dengan najis. (Azira & Aqilah)
H/C:       Demi raja, biarpun terpaksa melakukan tugasan yang sukar dan boleh menjatuh maruah seseorang yang hendak berbakti akan sanggup melakukan apa sahaja. Laksamana Hang Tuah sanggup terjun ke dalam tangkungan najis bagi menyelamatkan kuda raja yang terjatuh dengan menambat tali bagi memudahkan orang lain mengangkatnya. Kebaktian ini dilakukan oleh mereka yang sanggup berkorban demi raja. Jika sekiranya Laksamana Hang Tuah tidak sanggup berbakti berbuat demikian pasti kuda raja akan mati dan ini akan menyebabkan raja sedih  kerana kuda tersebut sangat disayangi oleh Sultan Mansur Syah. Kebaktian dengan sanggup berkorban apa sahaja kepada raja dan negara wajar dicontohi oleh generasi hari ini.

F5:          Berbakti kepada raja dengan sanggup berlawan dengan sahabat sendiri (Farahana & Amirah)
H/C:       Berbakti kepada raja dengan menghulurkan bantuan untuk berlawan dengan penderhaka yang telah menyebabkan raja terpaksa meninggalkan istana. Hang Tuah biarpun baru sahaja bebas dari pasungan dan  dalam keadaan lemah masih mahu berbakti kepada sultan untuk berlawan dengan Hang jebat yang telah menderhaka demi untuk membela kematiannya. Kebaktian Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah demi menjaga maruah dan nama baik sultan. Sebaliknya jika Hang Tuah tidak sanggup berbakti berlawan dengan Hang jebat kemungkinan besar Hang Jebat akan terus beleluasa dan ini akan mencemarkan nama baik Sultan Mansur Syah. Generasi muda hari ini seharusnya sentiasa bersedia untuk berbakti kepada negara dan raja walau dalal keadaan apa sekali pun. (hlm. 141)

F6:          Berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh (Amira & Aizan)
H/C:       Rasa bertanggungjawab terhadap negara akan menyebabkan seseorang sanggup berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh. Tun Perak sanggup berbakti kepada Melaka yang berdepan dengan serangan Siam dengan membawa semua penduduk Kelang termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Tun Perak berbuat demikian kerana mahu berbakti kepada negara dalam mengahdapi serangan Siam. Sikap bertanggungjawab Tun Perak yang sanggup berbakti telah berjaya menyelamatkan Melaka dari serangan Siam. Generasi hari ini seharusnya sanggup berbakti demi untuk memastikan keselamatan negara dari ancaman musuh. (hlm. 89)

F7:          Berbakti kepada negara dengan bekerjasama membuka negeri. (Aikal & Nurul Atiqah)
H/C:       Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan saling bekerjasama bagi membuka sebuah negeri.Rakyat jelata sanggup bekerjasama  dengan menebas hutan belantara bagi membuka negeri. Jika sekiranya rakyat jelata tidak sanggup berbakti kepada raja dengan melakukan tugas menebang hutan pasti impian raja untuk membuka negeri baru tidak akan tercapai dan Singapura mungkintidak akan wujud. Sebagai pelajar kita perlu sanggup untuk berbakti dengan saling bekerjasama untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara. (hlm.40)

F8:          Berbakti kepada raja dengan sanggup menyerahkan anak biarpun berdepan dengan risiko (Fakis & saipul)
H/C:       Biarpun mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, kesanggupan berbakti kepada raja akan membuatkan seseorang sanggup mengambil risiko. Demang Lebar Daun sanggup menyerahkan anaknya untuk dikahwini oleh Sang Sapurba biarpun dia mengetahui kemungkinan anaknya akan dijangkiti penyakit kedal sebagaimana gadis-gadis lain yang berkahwin dengan Sang Sapurba. Namun dia sanggup berbakti kepada raja dengan menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan Sang sapurba. Jika sekiranya Demang Lebar Daun tidak sanggup berbakti pasti dia akan menjadi kemurkaan raja dan ini akan mengeruhkan hubungan raja dengan rakyat. (hlm. 25)

F9:          Berbakti kepada negara dengan menggunakan kegagahan yang dimiliki. (Norhasmida & Nurul Asmaniza)
H/C:       kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang boleh digunakan untuk berbakti kepada negara dan raja. Kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh Badang telah dimanfaatkannya untuk berbakti kepada negara apabila dia berjaya menewaskan beberapa orang hulubalang yang gagah dalam pertarungan antara Badang dengan Nadi Bija Biakra dan Benderang. Kebaktian yang ditunjukkan oleh Badang menggunakan kegagahan yang dimilikinya telah berjaya mengangkat maruah Singapura yang memiliki hulubalang yang gagah. Jika sekiranya Badang tidak sanggup berbakti menggunakan kegagahannya pasti Singapura akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang lemah. Kegagahan yang dimiliki oleh seseorang individu seharusnya digunakan untuk menghulurkan bakti kepada negara. (hlm. 50 – 51)

F10:       Berbakti kepada raja dengan golongan pembesar membantu raja naik tahkta. (Maisarah & Zahira)
H/C:       Golongan pembesar mempunyai tanggungjawab untuk menabalkan seseorang raja menaiki takhta sesebuah kerajaan.Seri Nara Diraja dan pembesar-pembesar yang lain telah bekerjasama membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta dengan Raja Rekan. Menerusi bantuan yang dihulurkan oleh bendahara akhirnya Raja Rekan berjaya dibunuh dan akhirnya Raja Kassim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Jika sekiranya Para pembesar tidak membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta tersebut pasti Raja Kassim tidak dapat berkuasa, kemungkinan tercetusnya perang saudara akan berlaku. (hlm. 85-86)

F11:       Berbakti kepada raja dengan sanggup berdepan dengan bahaya. (Faizie & Saifullah)
H/C:       Biarpun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan akan terbunuh dengan situasi bahaya yang terpaksa ditempuhi, bakti kepada raja adalah suatu nilai kemanusiaan yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional. Sang Si Perba telah menitahkan hulubalangnya Permasku Mambang untuk membunuh ular sakti mona. Kesanggupan Permasku Mambang berbakti kepada raja telah membolehkannya membunuh ular yang berbahaya itu. Jika sekiranya Permasku Mambang tidak sanggup untuk berbakti kepada raja pasti ular mona sakti tidak akan dapat dibunuh dan ianya munkin akan mengancam keselamatan rakyat jelata. Biarpun berdepan dengan bahaya generasi hari ini sewajarnya perlu menyumbang bakti demi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dari ancaman musuh. (hlm. 28)

F12:       Berbakti kepada raja menerusi kerjasama membuka negeri (Fatiah & Nasuha)

H/C:       Rakyat selalunya akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan impian dan hasrat raja untuk membuka negeri. Semasa pembukaan negeri Melaka , setelah melihat kejadian aneh yang berlaku iatu anjing yang telah dihambat pelanduk, raja telah menitahkan rakyat jelata agar membuka negeri di kawasan tersebut. Rakyat yang sentiasa sanggup berbakti telah bekerjasama dengan menebas hutan di situ sehingga raja bertanyakan sebatang pohon yang ditebang yang namanya pokok melaka. Sempena nama pokok tersebut negeri Melaka telah mendapat nama. Jika rakyat tidak sanggup berbakti dan bekerjasama membuka negeri, pasti


NILAI KEAGAMAAN DALAM SULALATUS SALATIN.

Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Unsur keagamaan atau Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam seperti berikut:-
Antara Iskandar Zulkarnain, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1). Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal ehwal keagamaan.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Perkara ini telah menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi.

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Antara petikan yang menunjukkan perkara tersebut seperti berikut:-

Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,



yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251)

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama. Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman. Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan “Bismillahir-rahmanir-rahim..”. Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat "Wa'llahu a'lam." Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.

LATAR 

Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa. Dalam  sesebuah drama, latar ialah gambaran yang tersedia di belakang prop.  Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan dalam sesebuah cerita tersebut  di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu:

      a. Latar tempat - tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita


       Antara beberapa latar tempat yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin:


  •  Bukit Si Guntang- 

 Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.

  • Melaka

      Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun. Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana..
     
  • Singapura

    Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.

  • Pasai

     Maharaja Diraja, raja Haru  telah mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja yang berkirim salam dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang bertugas.  Bila teguran tidak diendahkan, Raja Pahlawan telah mengamuk. Ramai rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombongannya juga ramai terbunuh. Mulai kes itu, Haru bermusuhan dengan Pasai. Maharaja Diraja telah menyuruh pahlawannya yang bernama Seri Indera mengamuk dalam jajahan Pasai. Seri Indera terlanjur hingga ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin telah menitahkan Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja menyekat amukan Haru. Orang Haru kalah dan mengundurkan diri.

  • Benua Keling

     Hang Nadim, menantu Laksamana Hang Tuah,  telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim segera bersiap untuk pulang. Malangnya Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali pelir”. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang nanti. 

  • Pahang

     Di Pahang, Hang Tuah telah menyuruh orangnya membunuh saudara sepupu Seri Akar Diraja. Bila orang yang membunuh itu ditangkap, Hang Tuah tidak membenarkan diambil sebarang tindakan kerana katanya, Seri Akar Diraja juga ada salahnya dengan Sultan Melaka iaitu membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Muhammad mengatakan Telanai Terengganu dibunuh kerana katanya Telanai Terengganu biadab dengan mengatakan negeri Melaka itu terletak di bawah kelangkangannya.

  • Gunung Ledang

Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia disuruh berhenti.
Tun Mamat telah naik dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa seorang perempuan tua dalam sebuah taman. Beliau mengaku bernama Dang raya Rani iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat Sultan Mahmod. Tidak lama kemudian muncul seorang tua yang lain. Dia memberitahu syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud belaiu mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.




      b. Latar masa - tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita


Latar masa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin


  • Waktu Malam

  •   Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat gembira.  Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar itu Cau Panden anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka. Perkhabaran Cau Panden akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang Arab yang dikenali sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari Melaka yang menyebabkannya terbunuh.

  • Setelah Temenggung mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri. Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang menjumpai harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat. Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke balai.

  • Waktu  Petang (Waktu Asar)

        Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri  Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.

  • Waktu Pagi

      Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung. Pada waktu pagi Badang selalu menjenguk lukahnya sama ada mengena atau tidak. Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah.





      c. Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran ini                        termasuklah  agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di situ.
 



  • Masyarakat yang bijaksana

  • Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh. Kebijaksanaan ditunjukkan oleh seorang budak yang telah mencadangkan idea berkubukan baang pisang bagi menghalang serangan todak.

  •   Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka     menyembah kepadanya. Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan panglimanya yang bernama Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya tidak puas hati dan mengadu kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa orangnya akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing di samping berperang untuk raja. Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak menjadi bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri bergelar Paduka Raja.

  •      Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat. Dua tiga kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang. Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang Jebat terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang Jebatpun meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak lagi mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat. Mempunyai 17 ruang dengan 40 buah pintu berukir. Istana dinamakan orang “Mahligai Hawa Nafsu”. Pangkat laksamana dikembalikan semula kepada laksamana. Dia didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija Diraja pula diberikan daerah Sening Ujung. Kebijaksanaan dapat dilihat melalui watak Hag Tuah kerana beliau bijak menggunakan helah semasa berlawan dengan Hang Jebat.

  • Masyarakat yang rasional dalam membuat keputusan 

    Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu. Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas. Hang Tuah telah dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum itu sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka. Dipasungkan.



  • Masyarakat yang tidak berfikir secara rasional

Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh. Selain itu juga keputusan untuk membunuh budak yang telah memberi cadangan bagi menghalang serangan todak juga dianggap tidak rasional kerana takut takhtanya dirampas apabila budak tersebut dewasa.


  • Masyarakat yang berani 

              Sultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri kedua ada 3 anak iaitu Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal.Dalam negeri banyak berlaku kes kecurian. Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat sirih santap baginda. Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana.

  • Masyarakat yang bertanggungjawab
        
         Setelah Temenggung mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri.Terjumpalah dengan 5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah itu ia kembali ke istana. Melaui latar masyarakat ini dapat dilihat Hang Isap dan Hang Ishak seorang yang bertanggungjawab membantu Sultan dalam menjaga keamanan negeri.

  • Masyarakat yang setia
        Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia disuruh berhenti. Tun Mamat telah naik dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa seorang perempuan tua dalam sebuah taman. kesetiaan dapat dilihat apabila mereka taat akan perintah Sultan Mahmud untuk mendaki Gunung Ledang hanya untuk meminang Puteri Gunung Ledang. 
              Rakyat negeri Melaka juga dikatakan setia kepada raja apabila mereka sanggup memenuhi permintaan yang dipinta oleh raja untuk memenuhi syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang meskipun syarat tersebut amat sukar untuk ditunaikan.


WATAK & PERWATAKAN

Antara watak dan perwatakan yang dilampirkan adalah berdasarkan beberapa buah cerita dalam teks Sulalatus Salatin :-

Watak & Perwatakan.

1.      Raja Iskandar Zulkarnain.
·         Merupakan seorang raja yang hebat. Di mana baginda telah menawan banyak negeri. Contohnya, raja zulkarnain berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit. Baginda telah berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi.

2.      Raja Kida Hindi.
·         Seorang yang berfikiran jauh. Contohnya, Raja Kida Hindi telah mengahwinkan anaknya Puteri Syahrul Bariyah dengan Raja Zulkarnain bagi menyelamatkan kerajaan. Hal ini demikian kerana negeri Raja Kida Hindi telah kalah dengan tentera Raja Zulkarnain.
·         Ayah kepada Puteri Syahrul Bariyah.

3.      Puteri Syahrul Bariyah.
·         Anak kepada Raja Kida Hindi.
·         Isteri kepada Raja Iskandar Zulkarnain.
·         Ibu kepada Aristun Syah.

4.      Aristun Syah.
·         Anak kepada Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul Bariyah.
·         Menjadi raja di negeri Kida Hindi kerana telah menggantikan datuknya selama 355 tahun.

5.      Raja Suran.
·         Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
·         Baginda telah menakluk semua negara kecuali negara China. Contohnya, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di  bunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah dikahwininya.  Baginda meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke Temasik.
·         Bijaksana. Contohnya, baginda telah menyuruh orang suruhannya membina pesawat yang dibuat daripada peti kaca.
·         Ayah kepada Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
6.      Raja Cina.
·         Seorang yang bijaksana. Contohnya, Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah. Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina.

7.      Raja Aktabul Ardh.
·         Raja negeri Dika.
·         Ayah kepada Puteri Mahtabul Bahri.

8.      Puteri Mahtabul Bahri.
·         Anak kepada Raja Aktabul Ardh.
·         Ibu kepada Nila Utama, Krisyna Pandita dan nila Pahlawan.

9.      Wan Empuk dan Wan Malini.
·         Merupakan seorang yang pandai mengambil manfaat. Contohnya, Wan Empuk dan Wan Malini telah mengambil manfaat dengan menjaga Nila Utama, Krisyna Pandita dan nila Pahlawan akan memberi kebaikan kepada mereka. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa tiga orang tersebut merupakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

10.   Demang Lebar Daun.
·         Merupakan ayah kepada Radin Ratna Cendera Puri.
·         Raja Palembang.
·         Seorang yang kasih kepada anaknya. Contohnya, sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah.

11.  Nila Pahlawan.
·         Menukarkan namanya kepada Sang Si Perba.
·         Menjadi raja di Minangkabau.

12.  Krisyna Pandita.
·         Menjadi raja di Tanjung Pura.

13.  Nila Utama / Seri Teri Buana.
·         Menjadi raja Palembang.
·         Telah menukarkan namanya kepada Seri Teri Buana.
·         Telah berkahwin dengan Radin Ratna Cendera Puri.
·         Seorang yang bijaksana. Contohnya, Seri Teri Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah.
·         Kesaktian. Contohnya, selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar.
·         Menjadi anak angkat kepada Wan Seri Beni.
·         Telah memerintah negeri Bintan selama 2 tahun.
·         Akhirnya, Seri Teri Buana telah membuka negeri Singapura dan menjadi raja disitu.

14.  Wan Seri Beni.
Raja negeri Bintan.
Ibu angkat kepada Seri Teri Buana.
Setelah Seri Teri Buana telah menjadi raja di Singapura, baginda telah menyerahkan kerajaan Bintan kepada Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.

15.  Paduka Seri Maharaja. (Singapura Dilanggar Todak)
Raja kepada Singapura.
Seorang yang pentingkan diri sendiri.
Seorang raja yang zalim.

16.  Sultan Muhammad Syah.
Merendah diri.
Bersikap terbuka.
Ikhlas.
Berdaulat.
Berkepimpinan.
Bijaksana.

17.  Sultan Alauddin Riayat Syah.
Berpandangan jauh.
Bertanggungjawab.
Dedikasi.
Bijaksana.
Prihatin.
Berani.
Merendah diri.

18.  Hang Isap & Hang Ishak.
Berani.
Setia.
Bertanggungjawab.

19.  Temenggung.
Tekun.
Bijaksana.
Bertanggungjawab.

PLOT DAN PERISTIWA

Plot atau alur adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai urutan bahagian-bahagian dalam keseluruhan fiksyen atau cerpen. Dengan demikian, plot merupakan perpaduan unsur-unsur yang membangun cerita sehingga menjadi kerangka utama cerita. Plot merupakan kerangka dasar yang amat penting. Plot mengatur bagaimana tindakan-tindakan harus berkaitan satu sama lain, bagaimana suatu peristiwa mempunyai hubungan dengan peristiwa lain, serta bagaimana watak digambarkan dan berperanan dalam peristiwa itu. Perrine dalam bukunya Literature: Structure, Sound and Sense (1974: 41) menjelaskan bahawa:
“Plot is the sequence of incident or events which the story is composed and it may conclude what character says or thinks, as well as what he does, but it leaves out description and analysis and concentrates ordinarily on major happening”

JENIS PLOT

1.      Imbas muka -Merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Teknik ini dapat mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil.
2.      Saspens -Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
3.      Konflik -Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam dalam kekuatan dalam satu urutan plot.Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar.Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh digambarkan melalui pertentangan pendapat,idea,sikap atau pemikiran.
4.      Konflik dalaman merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang melibatkan fikiran dan perasaan watak berkenaan.Cerita yang menonjolkan konflik dalaman kurang memaparkan aksi watak.
5.      Kejutan -Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca,inilah kejutan.Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.
6.      Dialog -Percakapan atau pertuturan antara watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.Dialog dapat menggerakkan cerita.
7.      Monolog -Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian.Monolog lebih merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan. Penyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa,ratapan, keluh kesah atau rayuan cinta.
8.      Monolog dalaman -Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati,pergelokan batin,dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.Hanya terdapat dalam  cerpen atau novel. sifat-sifat monolog dalaman ialah berasa kesal hati,bersifat unsur pemikiran, bersifat menentang,bersifat psikologi,bersifat menetapkan azam,bersifat ragu-ragu,bersifat takut,bersifat angan-angan,dan bersifat ego dan sebagainya. Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya,keluhnya, bisik hatinya dan sebagainya.

PERKEMBANGAN PLOT


Plot mempunyai peranan penting dalam menunjukkan perubahan suatu cerita. Di dalam sesebuah cerita plot terbina daripada rentetan jalinan peristiwa yang dipaparkan pada peringkat permulaan, perkembangan, kemuncak dan juga peleraian.

PERMULAAN

Bahagian permulaan plot merupakan peringkat pengarang memulakan cerita. Pada peringkat ini, pengarang boleh memulakan cerita sama ada dengan memperkenalkan tema, watak, latar, peristiwa ataupun persoalan cerita. Ada kalanya pada bahagian permulaan ini dimulakan dengan teknik pemerian. Pelbagai cara mengikut kreativiti pengarang dalam memulakan cerita mereka. Permulaan yang baik akan menarik minat pembaca untuk terus membaca cerita tersebut.

PERKEMBANGAN

Dalam bahagian ini, cerita mula dikembangkan oleh pengarang. Peristiwa demi peristiwa dijalinkan padu menggunakan pelbagai teknik. Penggunaan teknik penceritaan yang pelbagai akan menjadikan cerita lebih menarik dan berkesan. Pada bahagian ini juga pengarang memuatkan pelbagai konflik, kejutan serta unsur-unsur suspens supaya pembaca tidak jemu untuk meneruskan pembacaan. Perkembangan cerita yang baik dan menarik akan membuat pembaca terpesona untuk terus membaca cerita tersebut. Kebiasaannya perkembangan cerita ditunjangan dengan pelbagai peristiwa yang mempunyai sebab dan akibat di dalam sesebuah cerita. Perkembangan cerita yang tidak masuk akal akan membuatkan pembaca berasa bosan dan boleh mendera minda pembaca untuk menghabiskan cerita tersebut.

PUNCAK/ KLIMIKS

Puncak atau klimiks merupakan detik ketegangan bagi konflik yang timbul dalam sesebuah cerita. Biasanya pada peringkat ini, konflik yang terdapat dalam sesebuah cerita menjadi lebih tegang. Pada bahagian ini cerita akan menjadi lebih menarik. Pembaca akan terus mengikuti perjalanan cerita untuk mengetahui kesudahannya.

PELERAIAN

Bahagian peleraian merupakan peringkat bagaimana pengarang menyudahkan cerita. Terdapat pelbagai cara pengarang menamatkan cerita. Adakalanya, peleraian cerita terbiar atau tergantung dengan penuh suspens. Cara ini menuntut pembaca meramalkan apakah yang akan berlaku seterusnya. Kebiasaanya bahagian peleraian ini diatamatkan dengan kesudahan happy ending di mana penghujung cerita berakhir dengan kemenangan watak utama.

CONTOH PLOT DAN PERISTIWA PENTING YANG TERDAPAT DALAM TEKS SULALATUS SALATIN


MULA KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Plot Permulaan
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.  Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.

Plot Perkembangan
Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.

Plot Perumitan
Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.

Plot Klimiks
Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi.  Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.

Plot Peleraian
Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.

SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
Plot Permulaan
Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua.

Plot Perkembangan
Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya.

Plot Perumitan
TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.

Plot Klimiks
Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh. 

Plot peleraian
Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.
Raja  yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.

Plot Perumitan
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.


TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan merupakan cara pengarang mengembangkan jalan ceritanya supaya menjadi menarik.

a) Teknik Dialog

Teknik dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih dari dua watak. Teknik ini merupakan teknik penceritaan yang banyak digunakan oleh pengarang dalam cerita ini.

b) Teknik Monolog Dalaman

Teknik ini merupakan pengarang menggunakan mana-mana watak dalam cerita yang bercakap dengan diri sendiri, dalam pemikiran, perasaan, minda dan hati tanpa didengari oleh watak atau orang lain
c) Imbas kembali


Teknik ini bermaksud mengenang semula peristiwa yang telah dialami.

DEFINISI WATAK & PERWATAKAN

Watak


- Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama dan watak sampingan. 
  •     Orang atau pelaku yang menggerakkan plot dan mengembangkan tema.
  •    Beraksi, bercakap, bertindak, berfikir dan ada kalanya dia menghadapi masalah atau konflik.
      Watak Utama:


  •         Orang atau pelaku yang menggerakkan plot dan mengembangkan tema.
  •    Beraksi, bercakap, bertindak, berfikir dan ada kalanya dia menghadapi masalah atau konflik.

  • Watak Sampingan :

  •       Orang atau pelaku yang menggerakkan plot dan mengembangkan tema.
  •    Beraksi, bercakap, bertindak, berfikir dan ada kalanya dia menghadapi masalah atau konflik.

  •   Watak pipih : lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
  •   
  •  Watak bundar amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah                     pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.

  • Watak dinamik :  ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari                          awal hingga akhir.

  • Watak statik atau kaku :  tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.

  • Watak protagonis  :  ialah watak utama dalam sesebuah cereka.

  • Watak antagonis : menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis

                                                                 WATAK



   SIFAT LUARAN                                                           SIFAT DALAMAN 
    Sifat Luaran :


  •                 deskripsi fizikal watak
  •        Contohnya : Sama ada dia berambut pendek/botak, berbadan kurus/gempal, berkulit cerah / hitam manis.

 Sifat Dalaman:
  •       sikap atau apa yang watak fikir dan rasakan
  •       Contohnya : Sama ada dia mengalami tekanan jiwa, gelisah, tamak haloba,  kedekut

                                                                          WATAK
   SECARA LANGSUNG                                                                                                                SECARA TIDAK LANGSUNG

       Secara Langsung:
  •       Pencerita memberitahu pembaca Watak A seorang yang cerdik, rajin.
  •       Melalui dialog watak itu sendiri.

  • Secara Tidak Langsung:

  •        melalui tindakan watak itu iaitu apa yang dia lakukan
  •        melalui apa yang dikatakan  oleh watak-watak lain
  •        Contoh : Watak B berkata,“Watak A itu baik orangnya.Dia selalu membantu kawan"

PERWATAKAN:
  • Perwatakan ialah segala perlakuan yang dilakukan oleh watak-watak berkenaan dan  boleh dilihat melalui gambaran luaran dan dalaman watak.
  • Selain itu, juga berkaitan dengan sifat, pemikiran, kepercayaan, percakapan, dan tindakan watak berkenaan.
  •  Perwatakan dapat dikenal pasti melalui beberapa cara iaitu:

                               I.            Melalui pelukisan atau deskripsi pengarang
                            II.            Melalui dialog watak itu sendiri
                         III.            Melalui dialog watak-watak lain terhadap watak berkenaan
                         IV.            Melalui tindakan watak berkenaan


GAYA BAHASA

1. Bahasa Asing (Bahasa Arab)
- Contoh: Asyhadu alla ilaha illallah wa asyyhadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh

2. Simile
- Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain yang terdapat kata bak, bagai, laksana dan umpama.
- Contoh: Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya

3. Bahsa Istana
- Bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.
- Contoh: Ninda, tuan hamba

4. Bahasa klasik
- penggunaan perkataan - perkataan Melayu klasik
- Contoh: Arakian, Hatta, titah, dipersembah

5. Persofinikasi
- Sifat manusia diberi kepada benda bukan hidup seperti binatang dan tumbuhan
- Contoh: matahari hidup, gunung pun bergerak

6. Hiperbola
- Gaya Bahasa yang menyatakan sesuatu secara berlebihan

- Contoh: padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa




1 comment:

  1. perkongsian isi yang cukup jelas dan menarik, good job!

    ReplyDelete