TEMA
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera.
Buku Sulalatus Salatin ini bertemakan politik. hal ini demikian kerana buku ini mengisahkan berkenaan susur galur raja-raja Melayu bermula dari Sultan Iskandar Zulkarnaian.
PERSOALAN
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. Dalam teks Sulalatus Salati terdapat banyak persoalan yang boleh diambil. Disini kami menyenaraikan beberapa persoalan:
- sikap manusia yang tamak.
- ketaatan pada raja.
- kebijaksaan dalam memerintah kerajaan.
- bangsa yang mengekalkan kepercayaan lampau.
- kezaliman raja.
- tekun dalam melakukan pekerjaan.
MESEJ
NILAI MURNI
1) Nilai keberanian
Nilai keberanian dapat dilihat melalui kisah Langkah membasmi pencuri. Keberanian ditunjukkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang menyamar menjadi rakyat biasa untuk menangkap pencuri bersama pembantunya hang ishak dan hang isap. Dengan keberaniannya, pencuri itu dapat ditangkap dan dibunuh oleh beliau.
2) Nilai Bijaksana
Nilai ini ditunjukkan sewaktu Sultan Mansur Syah ingin hubungan dngan siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya menghadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untutt tetapi belakangnya tidak lut ditikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperi Siur itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
3)Nilai Kesetiaan
Nilai ini dapat ditunjukkan sewaktu istana Sultan Mansur Syah terbakar. Dengan takdir Allah taala, istana yang baru disiap itu terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan. Akibat daripada peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu, istana baru berjaya disiapkan. Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.
4)Nilai Berbudi Mulia
Nilai ini dapat diceritakan melalui kisah Kitab Duri'l Mazlum. Maulana Abu ishak seorang ulama tasawuf di mekah. Beliau mengarang kitab Duri'l Mazlum. Beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Mulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur Syah yang turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah dia tela meletak jawatan kadi dan digantikan dengan anaknya Kadi Munaawar.
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Antara petikan yang menunjukkan perkara tersebut seperti berikut:-
yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251)
Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama. Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman. Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan “Bismillahir-rahmanir-rahim..”. Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat "Wa'llahu a'lam." Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.
LATAR
Pengajaran juga bermaksud sesuatu yang dapat diambil sebagai iktibar, hikmah, atau pengajaran berguna. Pengajaran biasanya dikaitkan dengan tanggungjawab ataupun teknik seseorang contohnya seorang guru memindahkan sesuatu yang baru kepada orang lain. Ianya juga sama konsep jika watak ‘guru’ itu merupakan guru yang sebenar ataupun orang perseorangan, komputer, television, buku manual/panduan dan seumpamanya. Pengajaran merupakan satu proses atau aktiviti yang unik dimana ianya memerlukan perancangan, perlaksanaan, penilaian dan maklumbalas yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan ataupun kemahiran tertentu.
Dalam buku Teks Sulalatus Salatin, terdapat banyak mesej yang diperolehi untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian. Antara mesej yang terdapat dalam Sulalatus Slatin ialah:
- Sebagai pemimpin jangan sekali menzalimi rakyat.
- sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan.
- sentiasa ikhlas dalam melakukan pekerjaan.
- kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja.
- kita hendaklah menjalankan hubungan diplomatik dengan baik.
- sentiasa amanah dalam kehidupan.
- sentiasa menerapkan amalan berkerjasama dalam kehidupan.
NILAI MURNI
1) Nilai keberanian
Nilai keberanian dapat dilihat melalui kisah Langkah membasmi pencuri. Keberanian ditunjukkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang menyamar menjadi rakyat biasa untuk menangkap pencuri bersama pembantunya hang ishak dan hang isap. Dengan keberaniannya, pencuri itu dapat ditangkap dan dibunuh oleh beliau.
2) Nilai Bijaksana
Nilai ini ditunjukkan sewaktu Sultan Mansur Syah ingin hubungan dngan siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya menghadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untutt tetapi belakangnya tidak lut ditikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperi Siur itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu.
3)Nilai Kesetiaan
Nilai ini dapat ditunjukkan sewaktu istana Sultan Mansur Syah terbakar. Dengan takdir Allah taala, istana yang baru disiap itu terbakar. Bagaimanapun banyak harta dapat diselamatkan. Akibat daripada peristiwa ini, ramai pula orang-orang muda yang menerima anugerah raja kerana menyelamatkan harta raja. Sebuah istana baru pula diminta siapkan dalam masa sebulan. Bendahara telah membahagikan kerja-kerja membina istana ini kepada pembesar-pembesar jajahannya. Dengan itu, istana baru berjaya disiapkan. Bahkan lebih baik dari istana yang terbakar itu.
4)Nilai Berbudi Mulia
Nilai ini dapat diceritakan melalui kisah Kitab Duri'l Mazlum. Maulana Abu ishak seorang ulama tasawuf di mekah. Beliau mengarang kitab Duri'l Mazlum. Beliau telah menyuruh anak muridnya yang bernama Mulana Abu Bakar supaya menyebarkan isi kitab itu ke Melaka. Di Melaka, Maulana Abu Bakar dimuliakan oleh Sultan Mansur Syah yang turut berguru dengannya. Kadi Melaka iaitu Kadi Yusuf pada mulanya tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar tetapi selepas dia terpandangkan maulana itu yang dipenuhi cahaya seperti sumbu dian, maka diapun turut berguru sama. Malah dia tela meletak jawatan kadi dan digantikan dengan anaknya Kadi Munaawar.
NILAI
KEMANUSIAAN DALAM SULALATUSALATIN
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai
manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu
meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu
yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan
kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan
juga dilihat dari sudut
sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan
buruk. Dalam konteks
perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Nilai
kemanusiaan ini kita boleh lihat dari sudut:-
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik,
murni yang mengutamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini
seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang rasa,nasihat
menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan
buruk yang mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat
ini seperti sifat kejam dan ganas, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan
emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Antara
nilai kemanusiaan yang menunjukan kemanusiaan yang positif dan negatif kita
boleh lihat dibawah iaitu:-
NILAI KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI
KEMANUSIAAN).
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang
beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat
adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua
negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut tentang
sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya
lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman
itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai
seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar
sebagai rakyat biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan mengatasi masalah
kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang
digambarkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala
rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan
Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan
segala manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga
merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang
berbudi bahasa tinggi. Walaupun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya
kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana
Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi
apabila ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan
peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan
kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang
memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang
Tuah:
"Maka
Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana
kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu
kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks
pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi
tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai
pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang dicurahkan, Sultan akan
memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang
berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu.
3.1 Jasa bakti Tun
Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan
sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam
serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah
mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak dilantik
sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan
peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara
Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minum racun) tetapi
oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan
Muzaffar Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara
Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik
sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap
mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang
berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam
melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada
jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan
seluruh pahlawan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi
menghadapi serangan Siam.
3.2. Jasa bakti Hang
Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima
yang sangat berjasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak
pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan secara tidak
adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan berpegang
teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pada rajanya", Hang
Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh
sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pada
rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa
bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat
penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka
terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya
dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar
"Laksamana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja,
didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun
Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana
berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan
Sultan;
"Maka
baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persalinan Tun Telanai dan Menteri
Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbang rasa atau diplomasi.
Sifat ini juga sangat jelas dalam beberapa tindakan
yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar
atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murni ini, beberapa
perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1.Raja Iskandar Zulkamain
sewaktu menyerang Negeri Kida Hindi telah berjaya menawan negeri
tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar
dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan
isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan
yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah
bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja
Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan
membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2.Keputusan yang dibuat
oleh Sultan Muzaffar Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah
suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua orang
pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbang rasa Sultan yang
sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah
pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival
politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah
mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan
di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak
dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu
juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat
berkaliber iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara.
4.3.Sultan Alauddin Riayat
Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar
demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan baginda, telah memberi
keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada
pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan
untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mengembalikan keamanan dan
menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan
hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan
pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di
negeri jajahan Melaka tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan
raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud Syah
walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan,
namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang semakin bertambah
luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar. Di waktu usianya
semakin bertambah, baginda telah insaf
dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat
seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan
dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah
apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri
yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat
menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga
yang ternyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari
takhta dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur
kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan
abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi
pengajaran kepada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak
melampau batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan
masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan
pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui
wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan
pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah.
Wasiat pada pembesar negeri: “Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan
dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad: “hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik
peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka
dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia, hendaklah engkau
sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu,
bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana
segala Melayu itu tanahmu, Jikalau
kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."
bahawa kerajaanmu binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini
berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia
akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod
seperti:
6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama
daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara
Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah, telah melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong
tangan kepada mereka yang melakukan kesalahan mencuri.
6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan
saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama
Islam.
Nilai kemanusiaan –
Berbakti (Sulalatus Salatin)
F1: Berbakti kepada negara dengan memberi sumbangan
tenaga untuk berkawal pada waktu malam. (Farah &
Damia)
H/C: Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan mengenepikan kedudukan demi
untuk keselamatan rakyat yang diancam dengan kejadian kecurian. Sultan Alauddin
Riayat Syah sanggup menyamar dan berkawal malam dengan memakai pakaian seperti
pencuri bagi memudahkan beliau menangkap pencuri yang mengganas di Melaka. Jika
sekiranya Sultan Alauddin Riayat Syah tidak sanggup berbakti kepada negara
pasti kejadian kecurian akan lebih berleluasa dan pasti keselamatan rakyat akan
tergugat. Sumbangan bakti dengan mengenepikan kedudukan akan mampu membentuk
keperibadian yang mulia dan menjamin keselamatan negara.
F2: Berbakti kepada raja dengan memberikan idea untuk
menyelamatkan negara dari serangan ikan todak.(Rosni &
Atikah)
H/C: kebijaksanaan yang ada pada seseorang boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara. Seorang kanak-kanak pintar dalam
peristiwa Singapura dilanggar todak telah berbakti kepada raja dengan
mengemukakan idea agar menggunakan batang pisang bagi menangkis serangan ikan
todak yang sebelum ini penduduk singapura menggunakan betis. Jika sekiranya
Paduka Seri Maharaja tidak menerima idea yang diberikan oleh kanak-kanak
tersebut pasti lebih ramai rakyat singapura akan terkorban dan ini akan
menggugat keselamatan negara.Kebijaksanaan yang dikurniakan perlu dimanfaatkan
untuk berbakti kepada negara agar ia dapat menyumbang untuk keselamatan negara.
F3: Berbakti kepada negara dengan menggunakan
keberanian menghadapi musuh. (Madiah & Azleen)
H/C: Keberanian dalam menghadapi musuh boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara. Hang Tuah dengan berani menghadapi orang yang
mengamuk demi menjaga keselamatan negara dari ancaman. Jika Hang Tuah tidak
berani menghadapi musuh pasti dia tidak dapat menyumbangkan bakti kepada
negara. Sewajarnyalah keberanian perlu digunakan dengan betul untuk tujuan berbakti
kepada negara dan bangsa.
F4: Berbakti kepada raja dengan sanggup berkorban
biarpun terpaksa berdepan dengan najis. (Azira & Aqilah)
H/C: Demi raja, biarpun terpaksa melakukan tugasan yang sukar dan boleh
menjatuh maruah seseorang yang hendak berbakti akan sanggup melakukan apa
sahaja. Laksamana Hang Tuah sanggup terjun ke dalam tangkungan najis bagi
menyelamatkan kuda raja yang terjatuh dengan menambat tali bagi memudahkan
orang lain mengangkatnya. Kebaktian ini dilakukan oleh mereka yang sanggup
berkorban demi raja. Jika sekiranya Laksamana Hang Tuah tidak sanggup berbakti
berbuat demikian pasti kuda raja akan mati dan ini akan menyebabkan raja
sedih kerana kuda
tersebut sangat disayangi oleh Sultan Mansur Syah. Kebaktian dengan sanggup
berkorban apa sahaja kepada raja dan negara wajar dicontohi oleh generasi hari
ini.
F5: Berbakti kepada raja dengan sanggup berlawan dengan
sahabat sendiri (Farahana &
Amirah)
H/C: Berbakti kepada raja dengan menghulurkan bantuan untuk berlawan dengan
penderhaka yang telah menyebabkan raja terpaksa meninggalkan istana. Hang Tuah
biarpun baru sahaja bebas dari pasungan dan dalam keadaan lemah masih mahu berbakti kepada sultan untuk berlawan
dengan Hang jebat yang telah menderhaka demi untuk membela kematiannya.
Kebaktian Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah demi menjaga maruah dan nama baik
sultan. Sebaliknya jika Hang Tuah tidak sanggup berbakti berlawan dengan Hang
jebat kemungkinan besar Hang Jebat akan terus beleluasa dan ini akan mencemarkan
nama baik Sultan Mansur Syah. Generasi muda hari ini seharusnya sentiasa
bersedia untuk berbakti kepada negara dan raja walau dalal keadaan apa sekali
pun. (hlm. 141)
F6: Berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan
musuh (Amira & Aizan)
H/C: Rasa bertanggungjawab terhadap negara akan menyebabkan seseorang sanggup
berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh. Tun Perak sanggup
berbakti kepada Melaka yang berdepan dengan serangan Siam dengan membawa semua
penduduk Kelang termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Tun Perak berbuat
demikian kerana mahu berbakti kepada negara dalam mengahdapi serangan Siam.
Sikap bertanggungjawab Tun Perak yang sanggup berbakti telah berjaya
menyelamatkan Melaka dari serangan Siam. Generasi hari ini seharusnya sanggup
berbakti demi untuk memastikan keselamatan negara dari ancaman musuh. (hlm. 89)
F7: Berbakti kepada negara dengan bekerjasama membuka
negeri. (Aikal & Nurul Atiqah)
H/C: Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan saling bekerjasama bagi
membuka sebuah negeri.Rakyat jelata sanggup bekerjasama dengan menebas hutan belantara bagi membuka negeri. Jika sekiranya
rakyat jelata tidak sanggup berbakti kepada raja dengan melakukan tugas
menebang hutan pasti impian raja untuk membuka negeri baru tidak akan tercapai
dan Singapura mungkintidak akan wujud. Sebagai pelajar kita perlu sanggup untuk
berbakti dengan saling bekerjasama untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara.
(hlm.40)
F8: Berbakti kepada raja dengan sanggup menyerahkan
anak biarpun berdepan dengan risiko (Fakis & saipul)
H/C: Biarpun mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, kesanggupan berbakti
kepada raja akan membuatkan seseorang sanggup mengambil risiko. Demang Lebar
Daun sanggup menyerahkan anaknya untuk dikahwini oleh Sang Sapurba biarpun dia
mengetahui kemungkinan anaknya akan dijangkiti penyakit kedal sebagaimana
gadis-gadis lain yang berkahwin dengan Sang Sapurba. Namun dia sanggup berbakti
kepada raja dengan menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan Sang sapurba.
Jika sekiranya Demang Lebar Daun tidak sanggup berbakti pasti dia akan menjadi
kemurkaan raja dan ini akan mengeruhkan hubungan raja dengan rakyat. (hlm. 25)
F9: Berbakti kepada negara dengan menggunakan kegagahan
yang dimiliki. (Norhasmida & Nurul Asmaniza)
H/C: kegagahan luar
biasa yang dimiliki oleh seseorang boleh digunakan untuk berbakti kepada negara
dan raja. Kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh Badang telah dimanfaatkannya
untuk berbakti kepada negara apabila dia berjaya menewaskan beberapa orang
hulubalang yang gagah dalam pertarungan antara Badang dengan Nadi Bija Biakra
dan Benderang. Kebaktian yang ditunjukkan oleh Badang menggunakan kegagahan
yang dimilikinya telah berjaya mengangkat maruah Singapura yang memiliki
hulubalang yang gagah. Jika sekiranya Badang tidak sanggup berbakti menggunakan
kegagahannya pasti Singapura akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang lemah.
Kegagahan yang dimiliki oleh seseorang individu seharusnya digunakan untuk
menghulurkan bakti kepada negara. (hlm. 50 – 51)
F10: Berbakti kepada raja dengan golongan pembesar
membantu raja naik tahkta. (Maisarah &
Zahira)
H/C: Golongan pembesar mempunyai tanggungjawab untuk menabalkan seseorang
raja menaiki takhta sesebuah kerajaan.Seri Nara Diraja dan pembesar-pembesar
yang lain telah bekerjasama membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta dengan
Raja Rekan. Menerusi bantuan yang dihulurkan oleh bendahara akhirnya Raja Rekan
berjaya dibunuh dan akhirnya Raja Kassim ditabalkan menjadi sultan dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah. Jika sekiranya Para pembesar tidak membantu Raja
Kassim dalam perebutan takhta tersebut pasti Raja Kassim tidak dapat berkuasa,
kemungkinan tercetusnya perang saudara akan berlaku. (hlm. 85-86)
F11: Berbakti kepada raja dengan sanggup berdepan dengan
bahaya. (Faizie & Saifullah)
H/C: Biarpun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan akan terbunuh dengan
situasi bahaya yang terpaksa ditempuhi, bakti kepada raja adalah suatu nilai
kemanusiaan yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional. Sang
Si Perba telah menitahkan hulubalangnya Permasku Mambang untuk membunuh ular
sakti mona. Kesanggupan Permasku Mambang berbakti kepada raja telah
membolehkannya membunuh ular yang berbahaya itu. Jika sekiranya Permasku
Mambang tidak sanggup untuk berbakti kepada raja pasti ular mona sakti tidak
akan dapat dibunuh dan ianya munkin akan mengancam keselamatan rakyat jelata.
Biarpun berdepan dengan bahaya generasi hari ini sewajarnya perlu menyumbang
bakti demi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dari ancaman musuh.
(hlm. 28)
F12: Berbakti kepada raja menerusi kerjasama membuka
negeri (Fatiah &
Nasuha)
H/C: Rakyat
selalunya akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan impian dan hasrat raja
untuk membuka negeri. Semasa pembukaan negeri Melaka , setelah melihat kejadian
aneh yang berlaku iatu anjing yang telah dihambat pelanduk, raja telah
menitahkan rakyat jelata agar membuka negeri di kawasan tersebut. Rakyat yang sentiasa
sanggup berbakti telah bekerjasama dengan menebas hutan di situ sehingga raja
bertanyakan sebatang pohon yang ditebang yang namanya pokok melaka. Sempena
nama pokok tersebut negeri Melaka telah mendapat nama. Jika rakyat tidak
sanggup berbakti dan bekerjasama membuka negeri, pasti
Penceritaan
mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan
untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri.
Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka,
bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja
Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah.
Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Unsur
keagamaan atau Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan
tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam seperti berikut:-
Antara
Iskandar Zulkarnain, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah
dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan
asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan
raja-raja Melaka. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam
yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi
Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain
dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya
sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1). Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu
ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.
Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf,
dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal ehwal keagamaan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Perkara
ini telah menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat
meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat
kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172)
dan wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad)
(Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur
pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Unsur Islalm dalam
Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya
Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat
Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk
menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi.
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Antara petikan yang menunjukkan perkara tersebut seperti berikut:-
Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda
ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,
yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251)
Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama. Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman. Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan “Bismillahir-rahmanir-rahim..”. Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat "Wa'llahu a'lam." Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.
LATAR
Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa. Dalam sesebuah drama, latar ialah gambaran yang tersedia di belakang prop. Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan dalam sesebuah cerita tersebut di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu:
a. Latar tempat - tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita
Antara beberapa latar tempat yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin:
b. Latar masa - tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita
Latar masa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin
c. Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran ini termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di situ.
Plot Permulaan
SECARA LANGSUNG SECARA TIDAK LANGSUNG
Secara Langsung:
a. Latar tempat - tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita
Antara beberapa latar tempat yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin:
- Bukit Si Guntang-
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.
- Melaka
Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan
lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa berlaku,
raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan dinamakan
Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun. Selepas 3
tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula
menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4
orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak
pembesar sebagai biduanda istana..
- Singapura
Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah
telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga
terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja.
Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah
dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya
itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah
dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja telah menyuruh
rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya
terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang
pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka
mencadangkan budak itu dibunuh.
- Pasai
Maharaja Diraja, raja Haru telah
mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja Diraja yang berkirim salam
dikatakan berkirim sembah oleh khatib yang bertugas. Bila teguran
tidak diendahkan, Raja Pahlawan telah mengamuk. Ramai rakyat Pasai terbunuh.
Raja Pahlawan dan rombongannya juga ramai terbunuh. Mulai kes itu, Haru bermusuhan
dengan Pasai. Maharaja Diraja telah menyuruh pahlawannya
yang bernama Seri Indera mengamuk dalam jajahan Pasai. Seri Indera terlanjur
hingga ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin telah menitahkan Paduka Tuan,
Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja menyekat amukan Haru. Orang Haru kalah
dan mengundurkan diri.
- Benua Keling
Hang Nadim, menantu Laksamana Hang
Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40
bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal
Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang
dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim
segera bersiap untuk pulang. Malangnya Hang Isap telah
berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak menjelaskan
semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali pelir”.
Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang
nanti.
- Pahang
Di Pahang, Hang Tuah telah menyuruh orangnya membunuh
saudara sepupu Seri Akar Diraja. Bila orang yang membunuh itu ditangkap, Hang
Tuah tidak membenarkan diambil sebarang tindakan kerana katanya, Seri Akar
Diraja juga ada salahnya dengan Sultan Melaka iaitu membunuh Telanai Terengganu
tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Muhammad mengatakan Telanai Terengganu
dibunuh kerana katanya Telanai Terengganu biadab dengan mengatakan negeri
Melaka itu terletak di bawah kelangkangannya.
- Gunung Ledang
Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud
ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang.
Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri
juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia
disuruh berhenti.
Tun Mamat telah naik dengan 2 orang lain.
Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa seorang perempuan tua
dalam sebuah taman. Beliau mengaku bernama Dang raya Rani iaitu pengetua Puteri
Gunung Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat Sultan Mahmod. Tidak lama
kemudian muncul seorang tua yang lain. Dia memberitahu syarat Tuan Puteri
Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki
membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7
dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan
dan darah anak raja semangkuk. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan
Mahmud belaiu mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja
Ahmad yang semangkuk itu.
b. Latar masa - tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita
Latar masa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin
- Waktu Malam
- Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja telah menyuluh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyireh, tumu dan api-api ditepi pantai. Angkatan Awi Dicu tersalah anggap yang angkatan Melaka terlalu ramai. Kerana gerun merekapun cabut lari. Melihat itu angkatan Melaka telah mengejar angkatan Siam hingga ke Singapura. Sultan Muzaffar Syah sangat gembira. Raja Siam iaitu Paduka Bubunya sangat marah. Dia sendiri bercadang akan menyerang Melaka. Mendengar itu Cau Panden anaknya menghalang dan berjanji akan menyerang Melaka. Perkhabaran Cau Panden akan menyerang Melaka itu terdengar ke Melaka. Seorang Arab yang dikenali sebagai Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden itu dari Melaka yang menyebabkannya terbunuh.
- Setelah Temenggung mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri. Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang menjumpai harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat. Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke balai.
- Waktu Petang (Waktu Asar)
Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi
bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan
orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada petang itu
datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah
turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan semua
orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja
mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar
Seri Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu
bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.
- Waktu Pagi
Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan
yang tinggal di Sayung. Pada waktu pagi Badang selalu menjenguk lukahnya sama ada mengena atau tidak. Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah
dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. Untuk mengelakkan
dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat Badang. Badang mohon
kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu meminta Badang memakan
muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah.
c. Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran ini termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di situ.
- Masyarakat yang bijaksana
- Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh. Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh. Kebijaksanaan ditunjukkan oleh seorang budak yang telah mencadangkan idea berkubukan baang pisang bagi menghalang serangan todak.
- Raja Negeri Siam atau negeri Syahrun Nuwi iaitu Paduka Bubunya mahukan negeri Melaka menyembah kepadanya. Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah. Jadi paduka Bubunya menitahkan panglimanya yang bernama Awi Chakri menyerang Melaka. Tun Perak telah membawa tenteranya untuk mempertahankan Melaka bersama-sama orang perempuan masing-masing. Pengikutnya tidak puas hati dan mengadu kepada raja. Tun Perak menyatakan bahawa orangnya akan berperang dengan lebih bersungguh-sungguh dari orang lain kerana mahu menjaga keselamatan isteri mereka masing-masing di samping berperang untuk raja. Sultan berpuas hati dengan jawapan tersebut dan telah melantik Tun Perak menjadi bentara di istana. Tidak lama kemudian dilantik pula menjadi menteri bergelar Paduka Raja.
- Hang Tuah dengan segera ke istana bertikam dengan Hang Jebat. Dua tiga kali kerisnya terlekat di dinding dan tiang. Dibenarkan oleh Hang Jebat untuk dicabut semula. Sekali keris Hang Jebat terlekat, terus dia ditikam oleh Hang Tuah. Dengan tikaman kedua, Hang Jebatpun meninggal dunia. Mayat Hang Jebat dibuang ke laut. Anak isterinya diumbut. Rumahnya juga dibuang ke laut. Istana tempat Hang Jebat mati itu tidak lagi mahu diduduki. Istana baru minta diperbuatkan. Istana baru sangat hebat. Mempunyai 17 ruang dengan 40 buah pintu berukir. Istana dinamakan orang “Mahligai Hawa Nafsu”. Pangkat laksamana dikembalikan semula kepada laksamana. Dia didudukkan sama taraf dengan Seri Bija Diraja dan dibenarkan memikul pedang kerajaan. Seri Bija Diraja pula diberikan daerah Sening Ujung. Kebijaksanaan dapat dilihat melalui watak Hag Tuah kerana beliau bijak menggunakan helah semasa berlawan dengan Hang Jebat.
- Masyarakat yang rasional dalam membuat keputusan
Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh ke dalam
telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu. Seorangpun tidak
mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat kuda dengan tali.
Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas. Hang Tuah telah dituduh bermukah dengan
seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri Nara Diraja menjalankan hukum
bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum itu sebaliknya
Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka. Dipasungkan.
- Masyarakat yang tidak berfikir secara rasional
Paduka Seri Maharaja telah menyuruh
rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya
terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang
pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka
mencadangkan budak itu dibunuh. Selain itu juga keputusan untuk membunuh budak yang telah memberi cadangan bagi menghalang serangan todak juga dianggap tidak rasional kerana takut takhtanya dirampas apabila budak tersebut dewasa.
- Masyarakat yang berani
Sultan Alauddin beristeri dua orang. Isteri pertama
ada 2 anak iaitu Raja Menawar dan Raja Zainal. Isteri kedua ada 3 anak iaitu
Raja Hitam, Raja Muhammad dan Raja Zainal.Dalam negeri banyak berlaku kes
kecurian. Bagi mengatasi masalah, baginda sendiri telah keluar meronda bersama
Hang Isap dan Hang Ishak, penjawat sirih santap baginda. Terjumpalah dengan 5
orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya
membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan
diri. Setelah itu ia kembali ke istana.
- Masyarakat yang bertanggungjawab
Setelah Temenggung mendengar Sultan sendiri
keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan.
Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian berjaya
dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri.Terjumpalah dengan
5 orang pencuri sedang mengusung peti. Diusirnya pencuri itu. Dia berjaya
membunuh 2 orang dan Hang Isap membunuh seorang, 2 orang lagi berjaya melarikan
diri. Setelah itu ia kembali ke istana. Melaui latar masyarakat ini dapat
dilihat Hang Isap dan Hang Ishak seorang yang bertanggungjawab membantu Sultan
dalam menjaga keamanan negeri.
- Masyarakat yang setia
Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud
ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang.
Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri
juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia
disuruh berhenti. Tun Mamat telah naik dengan 2
orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa seorang
perempuan tua dalam sebuah taman. kesetiaan dapat dilihat apabila mereka taat akan perintah Sultan Mahmud untuk mendaki Gunung Ledang hanya untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Rakyat negeri Melaka juga dikatakan setia kepada raja apabila mereka sanggup memenuhi permintaan yang dipinta oleh raja untuk memenuhi syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang meskipun syarat tersebut amat sukar untuk ditunaikan.
WATAK & PERWATAKAN
Antara watak dan perwatakan yang dilampirkan adalah
berdasarkan beberapa buah cerita dalam teks Sulalatus Salatin :-
Watak & Perwatakan.
1. Raja
Iskandar Zulkarnain.
·
Merupakan seorang raja
yang hebat. Di mana baginda telah menawan banyak negeri. Contohnya, raja
zulkarnain berkerajaan di Makaduniah, Rom
telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit.
Baginda telah berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi.
2. Raja
Kida Hindi.
·
Seorang yang berfikiran
jauh. Contohnya, Raja Kida Hindi telah mengahwinkan anaknya Puteri Syahrul
Bariyah dengan Raja Zulkarnain bagi menyelamatkan kerajaan. Hal ini demikian
kerana negeri Raja Kida Hindi telah kalah dengan tentera Raja Zulkarnain.
·
Ayah kepada Puteri
Syahrul Bariyah.
3. Puteri
Syahrul Bariyah.
·
Anak kepada Raja Kida
Hindi.
·
Isteri kepada Raja
Iskandar Zulkarnain.
·
Ibu kepada Aristun
Syah.
4. Aristun
Syah.
·
Anak kepada Raja
Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul Bariyah.
·
Menjadi raja di negeri
Kida Hindi kerana telah menggantikan datuknya selama 355 tahun.
5. Raja
Suran.
·
Keturunan Raja Iskandar
Zulkarnain.
·
Baginda telah menakluk
semua negara kecuali negara China. Contohnya, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan
dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga
dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor.
Rajanya bernama Raja Chulan berjaya di bunuh. Anak Raja Chulan iaitu
Puteri Onang Kiu telah dikahwininya. Baginda meneruskan perjalanan
hinggalah sampai ke Temasik.
·
Bijaksana.
Contohnya, baginda telah menyuruh orang suruhannya membina pesawat yang dibuat
daripada peti kaca.
·
Ayah kepada Nila
Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
6. Raja
Cina.
·
Seorang yang bijaksana.
Contohnya, Usaha Raja Suran untuk
menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu
rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari
Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi
tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti
sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah.
Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang
negara Cina.
7. Raja
Aktabul Ardh.
·
Raja negeri Dika.
·
Ayah kepada Puteri
Mahtabul Bahri.
8. Puteri
Mahtabul Bahri.
·
Anak kepada Raja
Aktabul Ardh.
·
Ibu kepada Nila Utama,
Krisyna Pandita dan nila Pahlawan.
9. Wan
Empuk dan Wan Malini.
·
Merupakan seorang yang
pandai mengambil manfaat. Contohnya, Wan Empuk dan Wan Malini telah mengambil
manfaat dengan menjaga Nila Utama, Krisyna Pandita dan nila Pahlawan akan
memberi kebaikan kepada mereka. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai
bahawa tiga orang tersebut merupakan berasal dari keturunan Raja Iskandar
Zulkarnain.
10. Demang Lebar Daun.
·
Merupakan ayah kepada
Radin Ratna Cendera Puri.
·
Raja Palembang.
·
Seorang yang kasih
kepada anaknya. Contohnya, sebelum
berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu
anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal
setelah ditiduri Seri Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur
atau tukang sapu di istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan
berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah.
11. Nila
Pahlawan.
·
Menukarkan namanya
kepada Sang Si Perba.
·
Menjadi raja di
Minangkabau.
12. Krisyna
Pandita.
·
Menjadi raja di Tanjung
Pura.
13. Nila
Utama / Seri Teri Buana.
·
Menjadi raja Palembang.
·
Telah menukarkan
namanya kepada Seri Teri Buana.
·
Telah berkahwin dengan
Radin Ratna Cendera Puri.
·
Seorang yang bijaksana.
Contohnya, Seri Teri Buana pula mahu
rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan
dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya
akan dimusnahkan oleh Allah.
·
Kesaktian.
Contohnya, selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air
minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan
rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah
gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat
Air Tawar.
·
Menjadi anak angkat
kepada Wan Seri Beni.
·
Telah memerintah
negeri Bintan selama 2 tahun.
·
Akhirnya, Seri Teri
Buana telah membuka negeri Singapura dan menjadi raja disitu.
14. Wan Seri Beni.
Raja negeri Bintan.
Ibu angkat kepada Seri Teri Buana.
Setelah Seri Teri Buana telah menjadi raja di Singapura,
baginda telah menyerahkan kerajaan Bintan kepada Menteri Bupala yang bergelar
Tun Telanai.
15. Paduka
Seri Maharaja. (Singapura Dilanggar Todak)
Raja
kepada Singapura.
Seorang
yang pentingkan diri sendiri.
Seorang
raja yang zalim.
16. Sultan
Muhammad Syah.
Merendah
diri.
Bersikap
terbuka.
Ikhlas.
Berdaulat.
Berkepimpinan.
Bijaksana.
17. Sultan
Alauddin Riayat Syah.
Berpandangan
jauh.
Bertanggungjawab.
Dedikasi.
Bijaksana.
Prihatin.
Berani.
Merendah
diri.
18. Hang
Isap & Hang Ishak.
Berani.
Setia.
Bertanggungjawab.
19. Temenggung.
Tekun.
Bijaksana.
Bertanggungjawab.
PLOT DAN PERISTIWA
Plot atau alur adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai urutan bahagian-bahagian dalam keseluruhan fiksyen atau cerpen. Dengan demikian, plot merupakan perpaduan unsur-unsur yang membangun cerita sehingga menjadi kerangka utama cerita. Plot merupakan kerangka dasar yang amat penting. Plot mengatur bagaimana tindakan-tindakan harus berkaitan satu sama lain, bagaimana suatu peristiwa mempunyai hubungan dengan peristiwa lain, serta bagaimana watak digambarkan dan berperanan dalam peristiwa itu. Perrine dalam bukunya Literature: Structure, Sound and Sense (1974: 41) menjelaskan bahawa:
“Plot is the sequence of incident or events which the story is composed and it may conclude what character says or thinks, as well as what he does, but it leaves out description and analysis and concentrates ordinarily on major happening”
JENIS PLOT
1. Imbas muka -Merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Teknik ini dapat mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil.
2. Saspens -Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
3. Konflik -Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam dalam kekuatan dalam satu urutan plot.Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar.Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh digambarkan melalui pertentangan pendapat,idea,sikap atau pemikiran.
4. Konflik dalaman merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang melibatkan fikiran dan perasaan watak berkenaan.Cerita yang menonjolkan konflik dalaman kurang memaparkan aksi watak.
5. Kejutan -Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca,inilah kejutan.Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.
6. Dialog -Percakapan atau pertuturan antara watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.Dialog dapat menggerakkan cerita.
7. Monolog -Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian.Monolog lebih merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan. Penyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa,ratapan, keluh kesah atau rayuan cinta.
8. Monolog dalaman -Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati,pergelokan batin,dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.Hanya terdapat dalam cerpen atau novel. sifat-sifat monolog dalaman ialah berasa kesal hati,bersifat unsur pemikiran, bersifat menentang,bersifat psikologi,bersifat menetapkan azam,bersifat ragu-ragu,bersifat takut,bersifat angan-angan,dan bersifat ego dan sebagainya. Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya,keluhnya, bisik hatinya dan sebagainya.
PERKEMBANGAN PLOT
Plot mempunyai peranan penting dalam menunjukkan perubahan suatu cerita. Di dalam sesebuah cerita plot terbina daripada rentetan jalinan peristiwa yang dipaparkan pada peringkat permulaan, perkembangan, kemuncak dan juga peleraian.
PERMULAAN
Bahagian permulaan plot merupakan peringkat pengarang memulakan cerita. Pada peringkat ini, pengarang boleh memulakan cerita sama ada dengan memperkenalkan tema, watak, latar, peristiwa ataupun persoalan cerita. Ada kalanya pada bahagian permulaan ini dimulakan dengan teknik pemerian. Pelbagai cara mengikut kreativiti pengarang dalam memulakan cerita mereka. Permulaan yang baik akan menarik minat pembaca untuk terus membaca cerita tersebut.
PERKEMBANGAN
Dalam bahagian ini, cerita mula dikembangkan oleh pengarang. Peristiwa demi peristiwa dijalinkan padu menggunakan pelbagai teknik. Penggunaan teknik penceritaan yang pelbagai akan menjadikan cerita lebih menarik dan berkesan. Pada bahagian ini juga pengarang memuatkan pelbagai konflik, kejutan serta unsur-unsur suspens supaya pembaca tidak jemu untuk meneruskan pembacaan. Perkembangan cerita yang baik dan menarik akan membuat pembaca terpesona untuk terus membaca cerita tersebut. Kebiasaannya perkembangan cerita ditunjangan dengan pelbagai peristiwa yang mempunyai sebab dan akibat di dalam sesebuah cerita. Perkembangan cerita yang tidak masuk akal akan membuatkan pembaca berasa bosan dan boleh mendera minda pembaca untuk menghabiskan cerita tersebut.
PUNCAK/ KLIMIKS
Puncak atau klimiks merupakan detik ketegangan bagi konflik yang timbul dalam sesebuah cerita. Biasanya pada peringkat ini, konflik yang terdapat dalam sesebuah cerita menjadi lebih tegang. Pada bahagian ini cerita akan menjadi lebih menarik. Pembaca akan terus mengikuti perjalanan cerita untuk mengetahui kesudahannya.
PELERAIAN
Bahagian peleraian merupakan peringkat bagaimana pengarang menyudahkan cerita. Terdapat pelbagai cara pengarang menamatkan cerita. Adakalanya, peleraian cerita terbiar atau tergantung dengan penuh suspens. Cara ini menuntut pembaca meramalkan apakah yang akan berlaku seterusnya. Kebiasaanya bahagian peleraian ini diatamatkan dengan kesudahan happy ending di mana penghujung cerita berakhir dengan kemenangan watak utama.
CONTOH PLOT DAN PERISTIWA PENTING YANG TERDAPAT DALAM TEKS SULALATUS SALATIN
CONTOH PLOT DAN PERISTIWA PENTING YANG TERDAPAT DALAM TEKS SULALATUS SALATIN
MULA KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Plot Permulaan
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.
Plot Perkembangan
Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekor semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.
Plot Perumitan
Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.
Plot Klimiks
Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi. Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.
Plot Peleraian
Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.
SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
Plot Permulaan
Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua.
Plot Perkembangan
Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya.
Plot Perumitan
TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.
Plot Klimiks
Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.
Plot peleraian
Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh.
Raja yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.
Plot Perumitan
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
TEKNIK PENCERITAAN
Teknik penceritaan
merupakan cara pengarang mengembangkan jalan ceritanya supaya menjadi menarik.
a) Teknik Dialog
Teknik dialog merupakan
pertuturan antara dua watak atau lebih dari dua watak. Teknik ini merupakan
teknik penceritaan yang banyak digunakan oleh pengarang dalam cerita ini.
b) Teknik Monolog Dalaman
Teknik ini merupakan
pengarang menggunakan mana-mana watak dalam cerita yang bercakap dengan diri
sendiri, dalam pemikiran, perasaan, minda dan hati tanpa didengari oleh watak
atau orang lain
c) Imbas kembali
Teknik ini bermaksud
mengenang semula peristiwa yang telah dialami.
DEFINISI WATAK & PERWATAKAN
Watak
Watak
- Watak ialah pelaku atau
tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi
sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek
luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau
secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak
berkenaan. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara
berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi,
serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. Dalam sesuatu cerita lazimnya
terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama dan watak
sampingan.
- Orang atau pelaku yang menggerakkan plot dan mengembangkan tema.
- Beraksi, bercakap, bertindak, berfikir dan ada kalanya dia menghadapi masalah atau konflik.
Watak Utama:
- Orang atau pelaku yang menggerakkan plot dan mengembangkan tema.
- Beraksi, bercakap, bertindak, berfikir dan ada kalanya dia menghadapi masalah atau konflik.
- Watak Sampingan :
- Orang atau pelaku yang menggerakkan plot dan mengembangkan tema.
- Beraksi, bercakap, bertindak, berfikir dan ada kalanya dia menghadapi masalah atau konflik.
- Watak pipih : lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
- Watak bundar : amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
- Watak dinamik : ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
- Watak statik atau kaku : tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
- Watak protagonis : ialah watak utama dalam sesebuah cereka.
- Watak antagonis : menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis
WATAK
Sifat Luaran :
- deskripsi fizikal watak
- Contohnya : Sama ada dia berambut pendek/botak, berbadan kurus/gempal, berkulit cerah / hitam manis.
- sikap atau apa yang watak fikir dan rasakan
- Contohnya : Sama ada dia mengalami tekanan jiwa, gelisah, tamak haloba, kedekut
WATAK

Secara Langsung:
- Pencerita memberitahu pembaca Watak A seorang yang cerdik, rajin.
- Melalui dialog watak itu sendiri.
- Secara Tidak Langsung:
- melalui tindakan watak itu iaitu apa yang dia lakukan
- melalui apa yang dikatakan oleh watak-watak lain
- Contoh : Watak B berkata,“Watak A itu baik orangnya.Dia selalu membantu kawan"
PERWATAKAN:
- Perwatakan ialah segala perlakuan yang dilakukan oleh watak-watak berkenaan dan boleh dilihat melalui gambaran luaran dan dalaman watak.
- Selain itu, juga berkaitan dengan sifat, pemikiran, kepercayaan, percakapan, dan tindakan watak berkenaan.
- Perwatakan dapat dikenal pasti melalui beberapa cara iaitu:
I. Melalui pelukisan atau deskripsi pengarang
II. Melalui dialog watak itu sendiri
III. Melalui dialog watak-watak lain terhadap watak berkenaan
IV. Melalui tindakan watak berkenaan
GAYA
BAHASA
1. Bahasa Asing (Bahasa
Arab)
- Contoh: Asyhadu alla ilaha illallah wa asyyhadu anna
muhammadan abduhu wa rasuluh
2. Simile
- Membandingkan sesuatu
keadaan, suasana atau benda lain yang terdapat kata bak, bagai, laksana dan
umpama.
- Contoh: Maka
dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya
3. Bahsa Istana
- Bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi
dengan kerabat diraja.
-
Contoh: Ninda, tuan hamba
4.
Bahasa klasik
-
penggunaan perkataan - perkataan Melayu klasik
-
Contoh: Arakian, Hatta, titah, dipersembah
5.
Persofinikasi
-
Sifat manusia diberi kepada benda bukan hidup seperti binatang dan tumbuhan
-
Contoh: matahari hidup, gunung pun bergerak
6.
Hiperbola
- Gaya
Bahasa yang menyatakan sesuatu secara berlebihan
-
Contoh: padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa
perkongsian isi yang cukup jelas dan menarik, good job!
ReplyDelete