MONOLOG SULTAN MAHMUD
aku kecewa
lahir sebagai Sultan Mahmud
Aku menzalimi rakyatku
aku menzalimi diriku
hidupku tidak aman
juga tidak tenteram
Mereka mengikutiku
kerana apa
kerana aku
punya segala
walau aku jahat dan sakiti mereka
mereka menurut segala kata
mulianya aku di depan mereka
Bagaimana aku ingin menjadi seperti
Sultan Alaudin Syah bijak bestari
yang bijak mengawal
hal ehwal negeri
Bagaimana
aku ingin menjadi Sultan Mansur Syah
yang hebat menjalin hubungan
dengan Majapahit dan China
Aku Sultan Mahmud yang kecewa
namaku terpalit penuh noda
dikenang dalam sejarah sampai bila-bila
Moga anak cucu cicitku tidak sepertiku
aku sentiasa berdoa begitu
jangan dipadamkan nama Mahmud dalam ingatan
kerana
peristiwaku kau jadikanlah panduan
peringatan dalam memori sejarahmu.
HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Satu peristiwa
hingga kini tidak boleh dilupa
Hang Tuah dihukum bunuh
oleh raja yang tidak usul periksa
Tuduhan memfitnah
Si Hang Tuah dengan dayang istana
tuduhan bermukah mengaibkan raja
Raja Marah tidak terkira
melihat Hang Tuah langsung tidak suka
mencari raja Seri Nara Diraja
disuruh bunuh kerana raja murka
Hai lah raja
mengapa tidak diperiksa
hukuman bunuh dirasa sangat tersiksa
bagi Hang Tuah yang sangat setia
telaga tahi pun sanggup dimasuki
demi selamtkan kuda raja
inikan pula untuk membuat raja benci
silap Hang Tuah terus dihukumi
Berhutang nyawa pada yang ada
mengikut Tuah pada Seri Nara Diraja
disembunyikan Hang Tuah kerana jasa
takut raja tidak akan beroleh hamba
seperti Hang Tuah yang sangat setia.
CERMIN ADAB (NORAZIMAH ZAKARIA)
Harrah's Casino Las Vegas - MapyRO
ReplyDeleteInformation and Reviews 과천 출장샵 about Harrah's Casino 전라남도 출장샵 Las Vegas, including Realtime 용인 출장안마 Reviews, Photos, Rates 김천 출장마사지 & 경주 출장샵 Reviews. Rating: 4.2 · 2 votes