SENARAI VERSI MELAYU YANG LAIN
SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)
Sulalatus
Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu. Dan judul asal inilah yang digunakan
untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan
beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya
dibandingkan dengan versi-versi yang sedia ada iaitu Shellabear, Abdullah
Munshi dan Winstedt Raffles.
Penghargaan
sewajarnalah diberikan kepada Encik A. Samad Ahmad yang telah melakukan satu
kajian yang khusus dan teliti bagi menyediakan versi ini. Siapa saja sudah
pasti akan dapat merasakan betapa sukamya untuk membuat kajian bagi sesebuah
karya yang lama seperti Sulalatus Salatin ini. Ia menuntut satu gabungan usaha
yang sulit dan rumit, selain menghendaki ketelitian dan ketekunan yang tidak
jemu-jemu. Inilah yang telah dilakukan oleh penyelenggara buku ini sewaktu
beliau menjadi Penulis Tamu di Dewan
Bahasadan
Pustaka dalam tahun 1978. Latar belakang hidupnya banyak mendorong beliau
mengetengahkan semula cerita-cerita lama kepada masyarakat han ini. Sejak
kecilnya lagi beliau telah mula berminat membaca hikayat-hikayat lama sehingga
beliau mengenali banyak jenis karya tersebut. Minatnya yang begitu mendalam
kepada karya jenis itulah yang memungkinkan terhasilnya Sulalatus Salatin ini
di samping beberapa buah yang lain seperti Batu Belah Batu Bertangkup , Nakhoda
Teriggang, Singapura Dilanggar Todak, Laksamana Tun Tuah, Dosaku, Zaman Gerhana
dan lain-lain. Di samping sebagai seorang penulis, Encik A. Samad Ahmad juga
adalah seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awal kebangkitan
nasionalisme di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Majlis,
sebuah akhbar yang berpengaruh di perTerigahan tahun 40-an dan awal tahun 50-an
dan juga salah seorang tokoh Kesatuan Melayu Muda KMM yang bergerak
bersama-sama Ibrahlm Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan
lain-lain. Kegiatan-kegiatannya inilah yang banyak memberinya semangat
menghasilkan semula karya-karya lama dalam usaha mengembalikan kedudukan bangsa
Melayu ke tempatnya yang sebenar. Pada keseluruhannya, Sulalatus Salatin versi
ini masih mempunyai persamaan asas dengan versi yang sedia ada. Bagaimanapun
terdapat juga beberapa perbezaan yang menonjol yang rasanya tidaklah perlu
diperjelaskan di sini kerana semuanya telah diSerituh oleh penyelenggara buku
ini dengan panjang lebar dalam bahagian "Prolog" dan
"Epilog". Dalam kedua bahagian ini beliau telah membuat kajian dengan
mendalam dan juga memberikan beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh para
pengedit versi Sejarah Melayu sebelum ini, terutamanya tentang kesilapan
mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah.
Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri dari sarjana-sarjana
Barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu di samping
kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita
sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran
sejarah dari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri. Kami memanglah
mengharapkan kajian-kajian yang serupa ini akan terus bertambah dan pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka Sentiasa menyediakan kemudahan-kemudahannya. Diharap
penerbitan Sulalatus Salatin ini akan dapat memberi satu pandangan dalam
menganalisa Sejarah Melayu terutamanya kepada para pengkaji dan peminat
kesusasteraan Melayu.
Versi R.O Winstedt
Latar Belakang
Nama sebenar R.O Windsted ialah
Richard Olaf Winstedt. Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di kota Oxford,
England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau
mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford dan
dari situlah beliau telah menerima satu MA. Beliau telah berkahwin dengan
dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di kota
Oxford. Menurut Bastin (1964:1), Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi
sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai aktiviti sukan. Oleh
itu, beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia
intelektual.
Menurut Sheppard (Winstedt, 1969),
Windsted telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus
Undang-undang selama setahun di universiti yang sama. Tetapi beliau ternyata
lebih tertawan kepada karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir tahun
ketiga di New College. Jika dilihat dari satu sudut, beliau tidak mempunyai
pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera mahupun bahasa yang merupakan
bidang yang diceburinya ketika berada di Tanah Melayu.
Winstedt juga telah menduduki
peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam Negeri India dan Tanah Jajahan adalah
bertujuan untuk menjadi Pegawai Kolonial di India, tetapi akibat kecuaiannya
yang telah tersilap membaca soalan peperiksaan (Bastin, 1964:2) telah
menyebabkan markahnya agak rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di
Tanah Melayu iaitu di negeri Perak pada tahun 1902 sebagai Pegawai Pelatih.
Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya dipindahkan ke Kuala Pilah,
sekali gus memberi beliau peluang untuk mempelajari sistem matrilenial. Pada
tahun 1913, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Derah dalam Kuala Pilah, dan
pada tahun 1916, beliau dilantik pula untuk berkhidmat di Jabatan Pendidikan.
Pada tahun 1920-an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga
pernah menyandang jawatan sebagai Presiden pertama di Raffles College
Singapura, dari tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang memegang jawatan sebagai
Presiden, beliau turut berkhidmat sebagai setiausaha bagi Pesuruhjaya Tinggi
pada tahun 1923; bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS), dan anggota Majlis
Perundangan, Negeri-negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS
Federal Council, 1927 hingga 1931.
Setelah pencen daripada
Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik pula sebagai pensyarah, pembaca
dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School
Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran
pada tahun 1939 hingga 1959. Pada tahun 1938, beliau telah dilantik sebagai
ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah Jajahan Mengenai Pendidikan, pada
tahun 1936 hingga 1939. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Presiden di
Royal Asiatic Society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British
Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian
Society, dan di Kon Institut voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah
meninggal dunia pada 2 Jun 1966.
SUMBANGAN
Sepanjang ketelibatan R.O.Winstead
di Tanah Melayu banyak sumbangan yang telah dihasilkan antaranya sewaktu beliau
bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul
colloquial (Malay: A Simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang
dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of
colloquial Malay-English and English-Malay pada tahun 1920. Kamus beliau
dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di
samping itu, beliau banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut
Jurnal Australian Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendekiawan
British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa
Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan saintifik
dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu”.
Menjelang abad ke-20, Winstedt
telah menghasilkan buku tatabahasa Melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu
pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun 1958, Winstedt telah menghasilkan An
Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan Kamus Bahasa Melayu pada
tahun 1960.Selain itu,beliau juga turut memainkan peranan penting dalam system
pendidikan orang Melayu.Hal ini demikian kerana,beliau sendiri begitu berminat
mendidik orang-orang Melayu.Hasil pemikiran dan candangan beliau,maka Sultan
Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997,
kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Manakala Winstedt telah dianugerahkan Order of British Empire, Order of St
Michael and St George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya pula, Winstedt
telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. R.O Winstedt bersama-sama O.T
Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang
Mengarang berada di bawah nasihat R.O Winstedt telah berjaya menerbitkan 85
buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.
Di samping itu, R.O Winstedt telah
banyak menghasilkan buku-buku berkaitan kesusasteraan Melayu sepanjang
perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Pada tahap awal
penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun
sejak beliau menetap di Perak. Atas dorongan R.J Wilkinson, Winstedt telah
berjaya menghasilkan esei yang berjuduI “The literature of Malay Folklore.
Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance”. Wan Abdullah Sabary misalnya telah
menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malay Subject yang agak khusus
ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu.
Selanjutnya, pada tahap kedua, beliau telah menerbitkan A History of Classical
Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan setahun
selepas itu diikuti dengan “Musang Berjanggut”. Inti cerita yang didengar
berpuluh-puluh zaman telah dihidupkan kembali bersesuaian dengan zaman tersebut
oleh R.O Winstedt.
Pada tahun 1910 pula, Winstedt
sendiri telah merumikan “Hikayat Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau
menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung Merah Muda”, iaitu sebuah sastera
rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara keturunan
Temusai. Selepas itu, esei berjudul “Hikayat Anggun Che Tunggal” pula menyusul
pada tahun 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul “Misa
Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi. A study of
evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Dalam bidang kesusasteraan Melayu,
R.O Winstedt menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and
Johore”, etc. (Malay text of the tuhfat al-nafs) pada tahun 1932. Pada tahun
yang sama juga, beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of
Johore”. Iaitu mengenai silsilah kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang
sastera tidak terbatas, malah tulisan yang berjudul “A History of Perak” dan
diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938, beliau telah
menghasilkan karya yang berjudul “Tha Date, Autorship, Content and Some New MSS.
Of the Malay Romance of Alexander the Great” diikuti dengan “The Malay Annals
or Sejarah Melayu;, (with ‘ An Outline of the Malay Annals...). Manakala, pada
tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin Copy of The
Sejarah Melayu”.
Pada tahun 1941, beliau menghasilkan
karya yang berjudul “The Panji Tales” dan “A Literacy Device Common to Homer
and the East”. Pada tahun 1943 pula, karya beliau yang berjudul “Nature in
Malay Literature and Folk Verse” menyusul. Manakala, pada tahun seterusnya
iaitu 1944 pula beliau menghasilkan “An Undescribed Malay Version of the
Ramayana”. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan
kemunculan “The Malays: a cultural history” pada tahun 1947. Pada tahun yang
sama juga, Winstedt telah menghasilkan karyanya yang berjudul “Notes On Malay
Subjects”.
Sumbangan beliau dalam bahasa
Melayu tidak berhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949, beliau telah
menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and the
King of Singapore”. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan sebuah lagi
tulisannya yang berjudul “Modern Malay Poetry”.
SEJARAH MELAYU
Naskah
Melayu dalam bentuk tulisan Jawi mula ditulis sejak zaman kedatangan Islam pada
abad ke 15. Naskah asal (induk) menjadi sumber kepada berbagai ‘versi’ naskah
lain. Versi ialah bentuk atau kelompok cerita yang sama sejenis tetapi berbeza
dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain, walaupun berasal dari cerita yang
sama.
Misalnya,
Teks Sejarah Melayu mempunyai berbagai versi. Pengkajian ke atas versi-versi
naskahnya mula dilakukan oleh sarjana
Barat seperti Sir Hugh Low, Sir Stamford Raffles, R.O. Winstedt dan W.G.
Shellabear. Mereka mencari dan mengumpul manuskrip-manuskrip naskah Melayu di
Nusantara.
Teks Sejarah Melayu
Teks
ini lahir dalam masyarakat Melayu berlatarkan zaman sebelum dan semasa kerajaan
Melaka antara abad ke 15 dan 17. Nama lainnya dalam bahasa Arabnya ialah
Sulalatus Salatin bererti ‘Salasilah Sultan-sultan’. Dalam edisi Shellabear, Sulalatus
Salatin diberi makna sebagai ‘Peraturan Segala Raja-raja’.
Dipercayai
terdapat kitab asal teks Sejarah Melayu, khususnya berasal dari sebuah Hikayat
Melayu yang dibawa dari Goa. Tun Sri
Lanang adalah pengarang dan penyusun semula teks Sejarah Melayu, sebagaimana
diungkapnya pada bahagian mukadimah, menyebut:
Hamba
dengan ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Gua: barang kita perbaiki
kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang
kemudiannya daripada kita, dan boleh diingatkannya, oleh segala mereka itu,
syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya. (W.G. Shellabear, 1997, hlm. 2).
Dalam
Teks ini tercatat tarikh-tarikh kenaikan, kemangkatan dan tempoh pemerintahan
raja-raja Melaka. Juga senarai raja-raja berkembang dan banyak perkara ditokok
tambah, disisipkan bahan-bahan mana yang sesuai - akhirnya wujudlah teks Sejarah
Melayu yang ada masa ini.
Pengarang
asal Sejarah Melayu dipercayai seorang scholar (intelektual) Melayu - meminati
sejarah dan peka terhadap perkembangan politik di Melaka ketika itu.
Kemungkinan pengarangnya didorong oleh Hikayat Zulkarnain dan Hikayat Raja-Raja
Pasai, yakni dua naskah sastera yang tertua yang wujud ketika itu. Ini adalah
kerana dalam Sejarah Melayu dimasukkan kisah-kisah mengenai tokoh-tokoh
Iskandar Zulkarnian dan peristiwa-peristiwa daripada Kesultanan Samudera-Pasai.
Namun begitu, malangnya nama pengarang tidak dikenali.
Penyusunan
semula teks Salalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang pula menjadi sumber kepada
penyalin-penyalin seperti Stamford Raffles, R.O. Winstedt, W.G. Shellabear, A. Samad Ahmad, dan lain-lain,
menyebabkan timbulnya berbagai versi Sejarah Melayu.
Sejarah
Melayu terkenal sebagai hasil kesusasteraan yang agung di alam Melayu. Ramai
sarjana Barat dan Nusantara mula mengkaji
teks ini sejak tahun 1726 hingga sekarang. Misalnya, versi Sejarah Melayu Manuskrip
Raffles M.S. 18 dikaji semula oleh R.O. Winstedt. Manakala A. Samad Ahmad
telahpun mengkaji semua - 29 buah naskah versi - terdapat di perbagai koleksi
dan kepustakaan dunia (12 - Netherlands, 11 - United Kingdom, 5 – Indonesia, 1
– Russia).
Kemasyhuran
Sejarah Melayu amat jelas kerana mendapat perhatian para pengkaji luar dan luar
negeri dalam usaha untuk mewujud sebuah naskah yang lengkap.
Punca Pelbagai Versi
Persoalan
utama kini, mengapa munculnya versi-versi naskah Sejarah Melayu sehingga amat
sukar untuk ditentukan induknya? Permasalahan ini boleh dijelaskan berdasarkan
faktor-faktor berikut:
1. Sikap Pengarang Naskah
Asalnya
– sebuah karya Kesusasteraan yang hanya berupa senarai raja-raja Melayu yang
memerintah Melaka, lengkap dengan tarikh kenaikan sesorang raja, kemangkatan
dan tempoh pemerintah rajanya. Senarai
raja-raja itu menjadi ‘inti’ penulisan.
Penyalinan
daripada naskah induk dibuat mengikut keadaan (zaman dan tempat) ianya disalin.
Hampir semua versi naskahnya dibuat pada abad ke 19.
Sikap
pengarang - tidak meletakkan nama sebenar mereka pada naskah salinan. Ketika
itu karya bukan milik sesiapa tetapi adalah hak masyarakatnya. Belum ada satu
hakcipta yang dapat memelihara keaslian sesuatu karya.
Justeru
itu, penyalin boleh membuat tokok tambah isi yang diperlukan dengan sesuka
hati. Mungkin juga sebaliknya - meniadakan mana-mana isi yang tidak diperlukan.
Tindakan tokok tambah ini ketika itu tidak dibantah malah disenangi. Perbezaan
penceritaan wujud dengan ketara dalam pelbagai versi. Misalnya;
Dalam
versi R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear - terdapat sedikit perbezaan dari segi
isi cerita. Versi Winstedt adalah lebih tua - menulis dalam cetera 3 tentang
perkahwinan Sri Tri Buana dengan anak Demang Lebar Daun, Wan Sendari. Hasil perkahwinan itu memperolehi 2
putera. Kedua-dua rutera itu dilahirkan
di Temasik - negeri baru - dibuka oleh Sri Tri Buana.
Manakala
versi Shellabear adalah lebih terkemudian - menulis dalam cetera 2 tentang Sri
Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba, berkahwin dengan Wan Sendari. Hasil perkahwinan ini memperolehi 2 putera
dan 2 puteri - Sang Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana
Dewi - dilahirkan di Palembang.
Sikap
penyalin menambah dan mengurangkan perkataan-perkataan dalam teks berlaku
dengan ketara. Mungkin bertujuan untuk memperbaiki mutu bahasa penceritaan.
Misalnya;
…gilang-gemilang
seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana…
(W.G.Shellabear,
1977: 4)
…gilang-gemilang
seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana…
(R.O.Winstedt,
1938: 43)
Perubahan
penceritaan juga berlaku kerana ‘sikap ego’ si penyalinnya. Ini dilihat dengan
tindakan mereka seperti mengubah cerita peristiwa tertentu sehingga menampakkan
unsur anakronisme dalam karyanya. Contohnya, peristiwa peminangan Puteri Gunung
Ledang oleh Sultan Melaka. Perbezaan
yang jelas wujud tentang watak yang memerintahkan peminangan itu.
Maka
Sultan Mansur Syah memberi titah pada segala orang besar-besar…bahawa kita
hendak beristeri terlebih dari segala raja-raja dalam dunia ini…Maka titah
baginda, Kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setialah
kita titahkan.
(R.O. Winstedt, 1938: 129)
Maka
titah Sultan Mahmud, Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah
raja-raja lain pun demikian juga…Akan sekarang kita hendak meminang Puteri
Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.
(W.G. Shellabear, 1977: 215)
Sikap
egostik penyalin menyebabkan berlakunya pertindihan masa bagi peristiwa yang
sama.
2. Anjakan Paradigma Penyalin
Terkemudian
Wujudnya
banyak perbezaan antara penyalin terawal dengan penyalin terkemudian adalah
disebabkan oleh hakikat perbezaan corak masyarakat, pemerintahan dan gaya hidup
pada zaman masing-masing. Penyalin mungkin merasai banyak perkara dalam cerita
asal atau terdahulu yang tidak bersesuaian dengan keadaan pada zamannya.
Winstedt dan Shellabear jelas menampakkan perbezaan ini.
Winstedt
menamatkan kisahnya pada tahun 1535 (R.O. Winstedt, 1938: 189). Manakala
Shellabear pula pada tahun 1612. Ini menjelaskan bahawa versi Shellabear adalah
lebih terkemudian. Shellabear cuba membina versi baru dengan mengubah
penceritaan tentang peminangan Puteri Gunung Ledang. Kebanyakan versi termasuk
versi Winstedt menyebut Sultan Mansor Syah melainkan Shellabear menyebut Sultan
Mahmud Syah.
Tujuannya
agar zaman Sultan Mahmud Syah juga akan masyhur sekiranya terdapat peristiwa
luar biasa setanding dengan kemasyhuran zaman Sultan Mansor Syah.
3. Percanggahan Tafsiran
Hakikat
semasa proses penyalinan, faktor masalah ‘salah tafsiran’ ataupun ‘salah
bacaan’ oleh penyalin dan penterjemah sering timbul.
Ada
di antara penulis naskah boleh menulis tetapi tidak dapat menilai kandungan
naskah tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penyalin tidak faham isi kandungan
naskah asal. Tambahan naskah asal itu ditulis dalam bentuk tulisan jawi - bukan semua penyalin arif membaca tulisan
jawi. Jika boleh membaca pun - mungkin
tidak dapat menyebut ‘bunyi’nya dengan tepat tetapi terus menulis mengikut
kefahaman mereka sendiri semata-mata.
Jelas
sekali Winstedt membuat kesilapan terhadap beberapa perkataan jawi
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi ejaan jawinya masih
dikekalkan. Contohnya;
Gudarz
Kuhan - ?
Onang
Kiu - ?
Dika - ?
(R.O.
Winstedt, 1938: 47, 50, 52)
Tindakan
seperti ini berlaku bertujuan untuk menggelakkan pertafsiran yang salah.
4. Pengaruh Istana
Pada
zaman masyarakat Melayu tradisional kegiatan menulis hanya tertumpu di istana.
Golongan intelektual hanya terdiri daripada golongan istana tetapi tertakluk
kepada perintah dan kehendak raja yang memerintah. Lihat seungkap kata dalam
versi Winstedt menjelaskan keadaan ini;
Maka
fakir karangkan hikayat ini Kama Sami ‘tu min jaddi w’abi, dan fakir himpunkan
daripada segala riwayat orang tua-tua dahulu kala, supaya menyukai duli hadhrat
baginda. (R.O. Winstedt, 1938: 42).
Hal
ini akan memberi kesempatan kepada golongan pemerintah untuk mempengaruhi hasil
penulisan agar memasukkan unsur yang boleh menaikkan martabatnya.
5. Sumber Penyalinan
Penyalin
bebas memasukkan atau menambahkan bahagian-bahagian mana yang disukai dan
difikirkan perlu. Sumber tulisan dan sumber lisan telah digunakan. Hal ini
telah mengubah cerita sebenar. Misalnya sumber lisan walaupun hanyalah selitan
kepada cerita sebenar. Begitulah juga penggunaan sumber tulisan telah
menyebabkan unsur tokok-tambah tidak boleh dielakkan.
Misalnya,
teks Sejarah Melayu yang asal hanya satu bentuk senarai raja-raja Melayu
kerajaan Melaka daripada raja pertama hingga raja terakhir sekali. Ini
dibuktikan dengan jumpaan naskah (Cod.Or.3199(3) Bahagian 4. Berdasarkan
jumpaan ini penyalin memasukkan cerita-cerita, riwayat-riwayat dan isi-isi
baru. Perubahan ini wujud dalam versi Maxwell No.105 yang tersimpan di Royal
Asiatic Society, London. Naskah tersebut diperolehi oleh Maxwell daripada Raja
Othman, Bendahara Perak.
Berdasarkan
Versi Maxwell No.105, dimuatkan isi sejarah dan bukan sejarah bagi membentuk
riwayat yang lebih terperinci. Perubahan juga dilakukan dalam versi Raffles
M.S. 18 (diselenggarakan oleh R.O. Winstedt pada tahun 1935).
Tradisi
menyalin juga dilakukan oleh penyalin dari Siak - memasukkan riwayat
kekeluargaan Siak. Kegiatan menyalin
diteruskan tetapi penceritaan semua salinan (versi) adalah berakhir secara
mendadak dengan peristiwa serangan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1511.
Versi yang lain diusahakan oleh Abdullah Munsyi, Situmorang, Teeuw dan Dato’
Madjoindo.
Jelas
di sini bahawa dalam proses penyalinan naskah asal Sulalatus Salatin dengan
bergantung kepada keupayaan si penyalin telah menyebabkan terhasilnya pelbagai
versi Sejarah Melayu pada hari ini.
Dalam
tahun 1908, pemerintah Belanda di Indonesia telah mendirikan Kantor
Penterjemahan Kecil. Pada tahun 1920 ia diperluaskan lagi menjadi perusahaan
penerbitan yang dinamakan Balai Pustaka. Balai Pustaka menjalankan dasar
mengarahkan pegawainya sendiri membetulkan sebarang kesalahan yang dikesan
dalam setiap naskah karya yang dijumpai. Akibatnya berlaku kelainan daripada
versi yang asal dan ini merumitkan lagi proses menentukan naskah asalnya.
7. Mengagungkan bangsa sendiri
Naskah
Sejarah Melayu disalin oleh penyalin yang terdiri daripada berbagai
bangsa. Oleh yang demikian, mengalami
berbagai bentuk sisipan atas kecenderungan pengarang atau penyalin itu sendiri.
Dalam
versi Blagden disisipkan kisah serangan Jambi terhadap Johor. Hakikatnya
peristiwa itu tidak ada kena mengena langsung dengan cerita sebelumnya. Cerita
ini digunakan oleh penyalin berbangsa Bugis di istana Riau-Lingga, iaitu Raja
Ali Haji yang bertujuan untuk mengangkatkan martabat keturunan Bugis lima
bersaudara. Begitu juga penyalin berketurunan Siak pula menambah episod
tertentu dengan memasukkan riwayat kekeluargaan Siak bermula dari Raja Kecil.
Dalam
proses penyalinan, timbul berbagai perubahan. Hal ini terjadi kerana penyalin
mempunyai idea baru yang dijangkanya akan menarik minat pembaca. Penyalin juga
mungkin kurang memahami bahasa atau pokok persoalan naskah asal. Mungkin juga
tulisan teks asal itu tidak terang atau ketidaktelitian penyalin sendiri
sehingga beberapa huruf hilang. Malah penyalin bebas menambah, mengurang,
mengubah naskah asal menurut seleranya, disesuaikan dengan situasi dan kondisi
zaman penyalin. Unsur-unsur lain seperti pengaruh pemerintah, pengkritik dan
penerbit juga menjadi punca. Apa yang jelas ialah setiap naskah salinan itu
dianggap sebagai tidak sempurna daripada naskah asal, sebaliknya melahirkan
naskah yang berbeza versinya.
GOOD
ReplyDelete