- UNSUR-UNSUR PENGETAHUAN LAIN BERKAITAN SEJARAH MELAYU
AGAMA
1. PENYEBUTAN
DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar
Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan
martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja
Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang
disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh
pendakwah Islam, ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana
Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi
Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
2. ADAT ISTIADAT
DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur
Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan
Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari
kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban
Adat-adat seperti berkhatan.
Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada
raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan
putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin
Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya
dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
3. KARYA-KARYA
KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka
meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu
Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca
oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan
puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi
nilai estetika pada teks tersebut.
Contohnya
menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
4. PENDIDIKAN
DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana
digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai
pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan
pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut
ilmu. Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana.
Contohnya Maulana Sadar Jahan dari
Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab
agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan
diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan
Melaka ke Pasai menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di
Pasai ramai ulama-ulama berkumpul dan bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
5. TEKNIK
PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah
dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan
ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi
menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan
bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali.
Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah.
Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Penggunaan
kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam,
bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.
SEJARAH
UNSUR-UNSUR SEJARAH DALAM
SULALATUS SALATIN
Sastera sejarah merupakan satu cabang daripada
kesusasteraan Melayu lama yang membicarakan tentang sejarah berbagai-bagai
tempat dan kerajaan di Alam Melayu. Bentuk sastera sejarah terbahagi kepada dua
iaitu bentuk sastera sejarah yang bercorak prosa dan puisi (Dr. Ismail Hamid,
1988:196). Karya yang berbentuk prosa itu merupakan riwayat sejarah sebuah
kerajaan atau negeri yang memakan masa sehingga beberapa abad, sementara
sastera sejarah yang berbentuk puisi pula hanya mengisahkan peristiwa
bersejarah yang berlaku dalam waktu-waktu tertentu sahaja. Walau bagaimanapun,
Sejarah Melayu turut menggarapkan sedikit unsur puisi didalamnya yang berbentuk
pantun.
1. SALASILAH
RAJA-RAJA MELAYU
Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin turut dikenali
sebagai peraturan segala raja-raja. Karya ini turut menceritakan tentang
salasilah Raja-Raja Melayu Melaka. Menurut seorang sarjana Inggeris Roolvink,
Sejarah Melayu ini asalnya dari Sulalatul Salatin yang bermakna salasilah raja-raja.
Berdasarkan kenyataan ini, Sulalatul Salatin itu dahulunya merupakan daftar
keturunan raja-raja yang lengkap dengan tarikh lahir, ditabalkan dan mangkatnya
(Muhd Mansur Abdullah, 1988:198).
Sultan Muzaffar Syah yang telah memerintah lebih kurang
tiga belas tahun. Baginda mangkat pada tahun 1459M dan telah digantikan oleh
putera sulung baginda yang bernama Raja Ibrahim. Antara sebab pengarang
mengaitkan keturunan raja-raja Melayu Melaka dengan Raja Iskandar Zulkarnain
kerana beliau merupakan tokoh lagenda dan sejarah serta dikaitkan dengan agama
Islam. Walau bagaimanapun, keturunan raja-raja Melayu Melaka adalah satu fakta
sejarah walaupun disaluti dengan unsur-unsur mitos.
·
RAJA
ISKANDAR SYAH
·
RAJA
BESAR MUDA
·
RAJA
TENGAH
·
RAJA
KECIL BESAR (SULTAN MUHAMMAD SYAH)
·
SULTAN
ABU SYAHID (RAJA IBRAHIM)
·
SULTAN
MUZAFFAR SYAH (RAJA KASSIM)
·
SULTAN
MANSUR SYAH(RAJA ABDULLAH)
·
SULTAN
ALAUDDIN RIAYAT SYAH (RAJA HUSSAIN)
·
SULTAN
AMHMUD SYAH (RAJA MAMAD@MUHAMMAD)
·
SULTAN
AHMAD SYAH (RAJA AHMAD)
`RAJAH :
Salasilah Raja-Raja Melaka
2. NAMA-NAMA
TEMPAT
Unsur-unsur sejarah nama tempat turut terdapat di
dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh Tun Seri Lanang
nyata wujud sehingga ke hari ini. Negeri-negeri yang menjadi tumpuan
perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar dengan kedudukan raja-raja berasal
dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu menceritakan tentang pembukaan
tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung pembukaan negeri Pasai, nama
samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan semut yang amat besar. Yusoff
Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama Pasai dari nama seekor anjing, Si
Pasai dan terjumpanya seekor semut besar (samudera) di mana tempat tersebut di
panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga, Temasik telah digantikan
namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama binatang singa yang amat
gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama. Namun, menurut Hsu Tun Tsio
tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah kerana terlihatnya seekor yang
maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya, hitam kepalanya, dan putih dadanya,
dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa, besar sedikit daripada kambing randok,
kononnya ia adalah binatang singa, maka dinamakanlah tempat itu sebagai Kota
Singa.
Akan tetapi, bukan sahaja di Singapura, tetapi di
seluruh alam Tanah Melayu, tidak pernah terdapat binatang singa (Zahrah
Ibrahim, 1986:52). Katanya lagi, kebanyakkan tempat-tempat yang menggunakan
binatang singa sebagai namanya ialah kebanyakan yang terdiri daripada
pulau-pulau. Manakala, Melaka pula mengambil nama sempena kejadian pelanduk
menedang anjing buruan dan secara kebetulan pohon tempat Raja Iskandar berteduh
itu bernama Melaka.
‘Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing
alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah segala Orang
Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.” Maka disuruh baginda
tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu itu?” Makasembah
orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika
demikian,“Melakalah nama negeri ini?’
(Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu, 1996: hlm. 71)
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga menceritakan
tentang riwayat asal nama negeri Perak dan Petani. Walaupun riwayat pembukaan
negeri mempunyai unsur-unsur mitos, tetapi kewujudan negeri ini adalah realiti
dan wujud hingga hari ini.
3.
TOKOH BERSEJARAH
Sejarah Melayu mempunyai watak-watak yang merupakan
tokoh sejarah. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat pada asal usul keturunan
raja-raja Melaka. Pada dasarnya, menurut beberapa orang sarjana sejarah dan
sastera, unsur-unsur lagenda yang digunakan berhubungan dengan asa usul
keturunan raja-raja Melaka ini dibina dari fakta sejarah yang sebenarnya.
Menurut Yusoff Iskandar dalam buku yang diselenggarakan oleh Zahrah Ibrahim,
Raja Iskandar Zulkarnain adalah watak dan tokoh bersejarah sebenar Iskandar Agung
(Alexendar The Great) dari negeri Mekadonia (Babylon).
Baginda dikatakan pernah menakluk seluruh Asia Tengah
dan Timur Tengah hingga ke Utara India. Raja Suran sebenarnya adalah tokoh
bersejarah Raja Rajendra Chola iaitu seorang raja dari Selatan India yang
dibuktikan oleh sebuah batu bersurat di Tanjore, India yang pernah menakluk
beberapa daerah persisir pantai Semenanju8ng Tanah Melayu hingga ke Selatan ke
arah Genggayu yang sekarannya dipercayai sebagai Hulu Sungai Johor sekarang,
lalu mengalahkan Empayar Srivijaya di sekitar abad ke-11 dan 12 Masihi.
Kedua-dua tokoh politik dan penakluk agung dalam
sejarah awal rantau ini dijadikan satu bentuk cerita tokoh legenda pada
bahagian pendahuluan Sejarah Melayu, tujuannya untuk mengatakan bahawa
raja-raja Melayu merupakan nasab keturunan dari Iskandar Zulkarnain, tokoh
legenda Islam dan Raja Chola, sebagai tokoh legenda Hindu. Perkara-perkara
seperti ini sengaja dimasukkan sebagai alat dan cereka untuk memperkenalkan
raja-raja Melaka dan dari mana asal- usul mereka.
UNSUR
KEMANUSIAAN
Kemanusiaan
bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat
manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut
sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana
kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu.
Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau
bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini,
unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas. Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari
sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni
yang mengutamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti
adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang
mengenpikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti
sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal,
curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu
dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan
atau tingkah laku.
ii. Kata-kata
atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan
golongan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah
Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan
raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan
peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan,
penelitian unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan
berkait secara langsung dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja
dan pembesar) dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN
YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Sejarah
Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang
mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka
mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin
kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan
saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten
tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya
lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman
itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai
seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar
sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuan mengatasi masalah
kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang
digambarkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat
lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan
terlalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan
salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang
yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan
peribadinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali
keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja
Melaka) tetapi apabila ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji
kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu
dengan kemuliaan budi Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah
datang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara
memaafkan Hang Tuah;
"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada
kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku
sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan
feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan
menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan
dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi
anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga
seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu
i.
Jasa
bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun Perak memegang
jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat
kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa
pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan
Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran
Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya
menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri
Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat
berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka
jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan
dilantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah
pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh
pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah
"merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka
walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini
jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahlawan daripada segenap pelusuk
negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.
ii.
Jasa
bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang
panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya
tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan
secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan
berpegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads
rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja.
Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri
demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela
kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah
telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu sukacita
baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan
kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar
"Laksamana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja,
didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
iii.
Jasa
bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam
kerana berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat
penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun
terlalu sukacita, serta memberi persalinan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra,
dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbang rasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sangat jelas dalam beberapa tindakan
yang dibuat terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar
atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa
perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
I.
Raja
Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri
tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar
dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan
isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan
yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah
bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja
Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan
membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
II.
Keputusan
yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu
adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua
orang pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan
yang sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan
dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam
survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah
telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan
kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak
Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh
diplomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh
pembesar yang sangat berkelibar iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat
Bendahara. Dan ini jelas terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh
Bendahara Paduka Raja Tun Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.
III.
Sultan
Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat
keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan
baginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah
memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar
negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan
lebih bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang
tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka
tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama
IV.
Sultan
Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang
semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar.
Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran
bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat
persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan dengan pembesar-pembesar
yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa
anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud
bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat menyesal dengan
keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak
berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari takhta clan
menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati
antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar
tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan
tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang
lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas
kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban
kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah
kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis
wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
i.
Wasiat
Sultan Alauddin Riayat Syah
-
Wasiat
pada pembesar negeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf
sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
-
Wasiat
pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua
pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu
pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat
menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana
besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala
Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,bahawa kerajaanmu
binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait
dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan
hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam
episod-episod seperti ;
I.
Raja
dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang
dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada
Makhdum Sadar Jehan.
II.
Kerajaan
Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman
mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan
kesalahan mencuri.
III.
Raja-raja
Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan
sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.
UNSUR
KEMASYARAKATAN
Sejarah Melayu juga mempamerkan gambaran tentang
struktur masyarakat Melaka yang terdiri daripada berbagai-bagai peringkat dan
golongan masyarakat. Antaranya termasuklah masyarakat dari golongan pemerintah
dan kerabat-kerabat diraja, yang kemudiannya diikuti oleh golongan pentadbir-pentadbir
yang terdiri daripada pembesar-pembesar yang menduduki kelompok bangsawan
Melayu.
Golongan dalam kalangan ulama turut menduduki taraf
istimewa di sisi kerajaan Melaka. Walaupun mereka bukan sebahagian daripada
keluarga istana, namun ramai antara para ulama ini mempunyai hubungan rapat
dengan raja-raja Melaka. Golongan yang dianggap paling rendah sekali
kedudukannya dalam struktur masyarakat pada masa itu ialah hamba abdi.
Disamping itu, orang-orang asing juga digambarkan oleh
Tun Seri Lanang berdamping rapat dengan istana Melaka. Ramai di antara mereka
ialah saudagar-saudagar Keling seperti Nila Sura Dewana, Kitul, Aki Manu Nayan
yang menjadi seorang pedagang dan seorang saudagar Keling yang paling kaya,
juga menjadi Syahbandar, iaitu Raja Mendaliar. Terdapat juga orang jawa yang
mempunyai kedudukan yang sama ialah Patih Adam iaitu seorang pangeran dari
Surabaya.
Sangat membantu perkongsian ilmu. Terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteilmu ini dpt digunapakai untuk semua pelajar yg mengambil matapelajaran KMK
ReplyDeleteperkongsian yang menarik dan bermanfaat. Sesuai dijadikan rujukan.
ReplyDelete